Wednesday, March 09, 2016

Kedah, Pengkalan Chepa, Malam Ini PERKASA Klang Bakal Lumpuh?

perkasa klang

Kita baru sahaja menerima makluman bahawa malam ini bakal berlangsung majlis Jom Keluar PERKASA bertempat di Dewan Johar, Sungai Udang, Klang jam 9 malam ini.

Benarkah apa yang kita terima ini? Mesej-mesej yang sama juga sudah bertebaran menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram, menyatakan perkara yang hampir sama.

Jika benar, maka ia adalah satu tamparan hebat kepada YDP PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya yang juga berasal dari Klang, Selangor. Malah, sebelum menjawat jawatan peringkat negeri, beliau adalah Pengerusi PERKASA Klang.

PERKASA Klang cukup dikenali sebelum ini dengan jumlah keahlian yang ramai, sehingga pada 2011, satu majlis khusus untuk meraikan jumlah keahlian 5000 orang dianjurkan dan menjemput Ibrahim Ali sebagai tetamu undangan mereka.

Secara jujur, penulis tidak terkejut dengan situasi ini kerana sejak pertama kali PERKASA menari mengikut irama “My Way”, pasti satu hari nanti mereka akan berdepan dengan krisis dalaman.

Manakan tidak, irama “My Way” didendangkan oleh watak yang jika kita amati secara dekat, cukup bijak menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk menjayakan cita-citanya. Buktinya, bagaimana harus ahli PERKASA menerima hakikat, bahawa kini mereka mempunyai memorandum persefahaman dengan DAP? Gara-gara irama “My Way”, maka ramai ahli PERKASA terpesona. DAP, kini cukup dekat dihati, tidak asing lagi.
dekla1
Keberadaan orang-orang kuat PERKASA Selangor dan Klang yang sering menghiasi program-program bersifat anti kerajaan dan anti perdana menteri juga telah lama kita perhatikan. Mungkin juga secara kebetulan, entah bagaimana wajah-wajah yang sama juga kelihatan di program atau acara anjuran Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Mungkin pelanduk 2 serupa.

Yang terpesona semakin lena, namun rupanya masih ramai yang terngiang-ngiang di halwa telinga, berlegar segar di dalam kepala, akan indoktrinisasi PERKASA ke atas DAP, yang akhirnya membawa kepada gelombang seperti yang sedang berlaku di Kedah, Kelantan dan kini Selangor.
ibrahim dap
Jika 12 Januari yang lalu Ibrahim Ali secara sarkastiknya mengakui tidak lena tidur memikirkan kenyataan DAP bahawa parti itu tidak anti Islam dan Melayu, ternyata kini beliau sudah mampu lena diulit “My Way” dalam tidurnya.
ibrahim ali lim kit siang
Peace Yawwwww!!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment