Wednesday, March 09, 2016

Deklarasi Penipu Dah Menjadi Semakin Bercelaru !!!

EDITOR MENULIS...
9 MAC 2016
IMG_5464
Kelmarin Presiden PKR dalam satu kenyataan mengangap Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir Jumaat lepas, adalah antara lain bertujuan membebaskan Anwar dari penjara.  PKR turut menganggap deklarasi itu satu pengakuan kezaliman (oleh Mahathirlah agaknya) telah dilakukan ke atas Anwar.

Timbalan Presiden PKR, Naib Presiden PKR dan Setiausaha Agungnya antara yang dah tandatangan Deklarasi itu.  Tapi hairan, dalam deklarasi 35 perkara itu, nama Anwar pun tak disebut, usah kata nak bebaskan dia dari penjara lagi (atau wujud kezaliman), tapi bagaimana PKR boleh faham deklarasi itu bertujuan begitu?

Tutup mata masa sign ke atau sign saja tapi tak baca?

Mana-mana pun, ini sahaja menunjukkan deklarasi yang asalnya penuh penipuan itu, sudah bertukar jadi deklarasi yang celaru.  Dahlah 13 nama dari 58 orang yang dikatakan tandatangan deklarasi itu, tidak menandatanganinya pun (malah ada yang dakwa tidak ada pengetahuan langsung), sekarang matlamat deklarasi itu pulak yang ditunggang langgangkan oleh mereka yang dakwa bersetuju dengannya.

Saya secara peribadi boleh faham kenapa PKR dakwa deklarasi itu bertujuan untuk membebaskan Anwar dari penjara.  Adalah sangat tidak kena kalau 18 tahun ‘berperang’ dengan Mahathir kerana aniaya Anwar, tiba-tiba nak berbaik baik pula dengan orang tua itu tanpa sebab.

Macam mana nak jawab dengan ahli-ahli dibawah ni?  Ada antara mereka masuk penjara pun kerana mempertahankan ‘peperangan’ itu.  Yang kena belasah, makan gas pemedih mata dan sebagainya jangan cakaplah.  Takkan closurenya mudah macam itu saja – forget and forgive?

Sementara kita tahu ramai penyokong mereka ini bodoh, tapi mereka bukan gila, gila-gila tu adalah – ada beza.

Jadi terpaksa guna pendekatan ini (deklarasi untuk bebaskan Anwar dari penjara), sekalipun langsung takde disebut dalam deklarasi itu.

Oleh yang demikian, fikir sendirilah apa tujuan deklarasi ini bila lain yang disebut, lain yang difaham.  Itu baru satu pihak (PKR), belum DAP lagi, belum PAN lagi, Bersih dan sebagainya.  Masing-masing ada tujuan dan matlamat penubuhan masing-masing.  Lepas ni kalau DAP dakwa matlamat deklarasi ini untuk memberi hak sama rata kepada semua rakyat Malaysia, saya pun tak terperanjat.

Penyudahnya besok, Najib tetap Perdana Menteri, Anwar tetap dalam penjara, apa yang lain semua masuk longkang.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment