Thursday, March 10, 2016

Generasi Muda Diingatkan Agar Tidak Mudah Terjebak Dengan Fitnah Yang Berulang-ulang

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryatie Hamzah mengingatkan rakyat khususnya generasi muda hari ini agar tidak mudah terperangkap dengan pelbagai fitnah yang akan terus dimainkan oleh parti pembangkang dalam usaha melonjakkan sokongan terhadap mereka.

Menurut beliau modus operandi berkenaan akan terus diulang-ulang yang akhirnya kadangkala masyarakat terjebak dan mempercayai apa yang dilontarkan itu sedangkan realiti adalah sebaliknya dan kadang-kadang langsung tidak selari dengan fakta yang sebetulnya.
stop-fitnah 
“Tidak perlu pergi terlalu jauh…kita tengok sebelum ini bagaimana institusi Islam, Tabung Haji ditohmah dengan pelbagai tohmahan sehingga mengatakan Tabung Haji mungkin tidak mampu membayar dividen. Namun yang berlaku adalah sebaliknya dan timbul pula tohmahan lain selepas itu.

“Lihat pula bagaimana kononnya isteri Perdana Menteri dikaitkan dengan harga cincin jutaan ringgit namun akhirnya itu dianggap sekadar gurauan. Apakah ini yang kita mahu dan apakah ini bentuk maklumat yang mudah kita terima?
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.168328!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
“Sebab itulah dalam soal ini jangan sesekali mudah terjebak apatah lagi menerimanya dengan bulat-bulat. Buatlah perbandingan dan sedikit pertimbangan kerana seperti yang dikatakan tadi mereka ini akan terus mengulang-ulang apa yang ditohmah itu dengan hasrat rakyat akan terus mempercayaai berita terbabit,” katanya kepada media, di ini hari ini.

Beliau seterusnya menegaskan itulah modus operandi pembangkang bukan sahaja kali ini malah telah sekian lamanya dan perkara tersebut boleh juga dilihat ketika sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

“Bukankah pada waktu itu juga timbulnya pengundi bangla…tidak telus dan macam-macam lagi yang dilontarkan sehingga menimbulkan kegelisahan kepada sebahagian rakyat negara ini,”ujarnya.

Katanya sudah tiba masanya anak-anak muda perlu menggunakan kemudahan teknologi hari ini bukan sahaja untuk menerima bahan serta maklumat malah untuk menapis segala yang dilontarkan oleh mana-mana pihak sekali pun.

“Takkanlah dengan satu tohmahan atau dengan satu fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang, kita cepat melatah dengan menerimanya bulat-bulat malah lebih memburukkan keadaan turut sama bersekongkol dengan menyebarkan berita yang tdaik sepatutnya.

“Itulah yang kita perlu elakkan dan itulah yang kita sama-sama bertanggungjawab. Ini cukup penting dan jangan jadi macam seorang tokoh pemimpin pembangkang yang akhirnya mengatakan apa yang diutarakan adalah sekadar gurauan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment