Thursday, March 10, 2016
Rintis Muafakat, Jangan Terperangkap Permainan Politik Pembangkang
KUALA LUMPUR : Ahli UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO
diminta agar tidak terperangkap dengan permainan politik semasa apatah
lagi menerusi tindak tanduk musuh UMNO yang akan sentiasa mengintai dan
mengambil peluang untuk menghancurkan UMNO lebih-lebih lagi menggunakan
peluang ini dari dalam kelompok UMNO itu sendiri, demikian peringatan
yang diberikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Johor, Helmi Buang.
Ujarnya, apa yang berlaku hari ini, adalah kebiasaan dalam politik,
cuma nampak ‘havoc’ apabila melibatkan pemimpin UMNO yang merupakan
tunjang kepada pentadbiran kerajaan pada hari ini.
“Jika
ia hanya melibatkan penglibatan pemimpin dari pembangkang, keadaan ini
tidak akan ‘havoc’ malah masyarakat pun ambil endah tak endah sahaja.
“Inilah hakikatnya… pembangkang sebenarnya tak sekuat mana
lebih-lebih lagi ketiadaan ikon yang mampu menerajui pakatan mereka
menentang UMNO dan BN. Sebab itu, kita harus merintis jalan muafakat
dalam UMNO bagi memastikan perpaduan dan persefahaman antara kita akan
terus kukuh,” ujarnya melalui aplikasi whatsapp mengulas kemelut politik
termasuk isu Deklarasi Rakyat baru-baru ini.
Namun beliau yakin dengan kematangan pemimpin UMNO hari ini, segala
isu yang melanda parti dan kerajaan akan dapat diatasi dengan sebaik
mungkin.
Dalam masa yang sama ujarnya, di peringkat Jawatankuasa Penerangan
Pemuda UMNO Negeri, Pemuda sedang merencanakan pelbagai program lebih
kepada mendekati golongan belia agar mereka terus yakin dan percaya UMNO
tetap relevan dan sentiasa membantu rakyat khususnya dalam menanganai
isu-isu setempat seperti isu pemilikan rumah, peluang pekerjaan dan
membantu usahawan muda Melayu.
“Inilah yang wajib UMNO perjuangkan dan bukan sekadar melepaskan
batuk di tangga. Keutamaan juga harus diberikan di kawasan luar bandar,
memandangkan inilah sokongan yang diberikan sehingga memberikan
kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
“Perlaksanaan dan pendekatan oleh pemimpin pada hari ini harus jauh
berbeza, tetapi asas perjuangan UMNO tetap sama. UMNO perlu menguasai
kerajaan untuk kekal relevan, 70 tahun UMNO ditubuhkan dan selama itu
jugaklah parti keramat ini mempertahankan maruah agama, bangsa dan
negara ini.
“Inilah perjuangan kita, di peringkat penerangan akar umbi, perlu
lebih agresif. Contohnya di Johor, banyak yang telah kerajaan negeri
buat untuk meringankan beban rakyat seperti kedai harga patut ImCoop,
projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan banyak lagi demi memastikan
rakyat Johor terus terbela,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Pontian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment