Wednesday, March 16, 2016

Gila Nak Berkuasa Macam Ni Lah.... Pakatan Harapan Anjur Dua Himpunan Protes Najib, GST

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan dua himpunan dalam usaha blok pembangkang itu menggembleng tenaga rakyat bagi menjayakan misi menyelamatkan Malaysia.

Ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 7 Mac lalu bagi mengetengahkan tiga tuntutan pakatan tersebut.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Mohamad Sabu berkata, PH akan terlebih dahulu menganjurkan Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 23 Mac.

Himpunan berkenaan turut menjemput peneraju kempen Selamatkan Malaysia yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia yang diselaraskan oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR telah memanjangkan jemputan kepada Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk turut serta di dalam himpunan berkenaan, sekretariat masih menunggu pengesahan kehadiran mereka," kata Mohamad atau Mat Sabu ketika sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, di Parlimen hari ini.

Himpunan ini bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia menyertai himpunan berkenaan kerana Himpunan Selamatkan Malaysia yang dikendalikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac depan adalah majlis tertutup dan terhad kepada jemputan sahaja.

Selepas himpunan pada 23 Mac itu, ia kemudiannya akan diadakan di Gelang Patah pada 16 April dan Kedah pada 7 Mei depan.

Selain himpunan protes Najib, PH juga menganjurkan himpunan berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2 April depan, dijangka diadakan di Dataran Merdeka. 

Himpunan yang diadakan sempena tahun kedua pelaksanaan GST itu mengetengahkan demonstrasi 'Undur Najib, Mansuh GST' sebagai tema utamamya.

"Ramailah, sebab bila kita pergi Sarawak semua menjawab masalah mereka GST dan ekonomi orang biasa terkesan dengan GST dan kejatuhan nilai mata wang," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment