Monday, March 21, 2016

Guan Eng Beli Banglo Murah Kerana Tiru Khalifah Umar Abdul Aziz??

Selepas kecoh satu Malaysia berkenaan skandal banglo mewah yang dibeli dengan harga yang sangat murah oleh Ketua Menteri P.Pinang, kini wujud pelbagai individu dilaman media sosial yang tampil untuk mempertahankan pemimpin DAP tersebut.

Pasukan Red Bean Army tajaan DAP adalah merupakan yang paling awal menggunakan pelbagai akaun media sosial Facebook untuk menjawab serta memanipulasi kenyataan Lim Guan Eng agar kelihatan tak bersalah.

Yang terbaru, para ustaz didalam parti Amanah juga telah dikerahkan oleh Pakatan Harapan bagi menjawab dakwaan salahguna kuasa oleh 'abang angkat' Mat Sabu tersebut.

Didalam banyak komen serta status para penyokong Guan Eng, satu status yang dimuatnaik oleh seorang 'ustaz' Amanah telah menarik perhatian ramai.

Individu yang dikatakan pernah menjadi imam di Masjid Arau Perlis itu mendakwa pembelian banglo mewah dengan harga yang sangat murah oleh Lim Guan Eng adalah kerana beliau mahu meniru Khalifah Umar Abdul Aziz.

Tindakan Guan Eng membeli banglo mewah dibawah harga pasaran semasa itu juga dianggap sebagai perbuatan yang mulia kerana dia seolah-olah menunjukkan kepada rakyat sikap berjimat cermat walaupun beliau mempunyai jawatan yang besar.

Inilah yang dikatakan sifat taksub melampau oleh para penyokong Mat Sabu terhadap pemimpin DAP seperti Guan Eng. Walaupun sudah terang-terangan skandal banglo mewah pemimpin DAP itu terdedah kepada rakyat, mereka masih lagi cuba menutup bangkai demi ketaksuban mereka.

Apakah agaknya untung yang para pentaksub itu dapat apabila secara membuta tuli mempertahankan pemimpin pujaan mereka? Mungkin mereka lebih pentingkan idola mereka sahaja berbanding kepentingan rakyat keseluruhannya.

Untunglah Guan Eng serta Mat Sabu yang mempunyai pengikut yang sanggup melakukan apa saja demi 'wali' mereka. Jangan hairan jika Guan Eng didapati bersalah nanti, para penyokong taksub inilah yang akan berhimpun depan penjara siang malam...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment