Monday, March 21, 2016

Isteri Guan Eng Mengamuk Bila Skandal Banglo Terdedah

Tindakan Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng yang menjemput media melawat rumahnya semalam dikatakan mengundang padah apabila beliau dikatakan dimarahi oleh isterinya sendiri.

Menurut sumber, isteri Guan Eng tidak senang hati melihat kediamannya dijadikan tumpuan media, dan tindakan Guan Eng yang menjemput media membuat liputan di banglo tersebut menambahkan sakit hati Betty.

Guan Eng kini berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah diatas skandal banglo mewah yang dibeli dengan harga sangat murah di Jalan Pinhorn, P.Pinang.

Ketika ini, Guan Eng langsung tidak menjelaskan mengenai salahguna kuasa yang dilakukannya didalam urusan pembelian banglo berkenaan, sebaliknya Ketua Menteri terbabit sibuk mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor iaitu Datuk Shabudin Yahaya.

Guan Eng juga di lihat mahu berdalih dari menjawab mengenai skandal banglo berkenaan apabila hanya bercakap mengenai YB Shabudin. Guan Eng sepatutnya bekerjasama dengan pihak SPRM jika benar tiada salahguna kuasa dilakukan.

Rakyat kini melihat dengan serius tindakan pemimpin DAP ini didalam skandal banglo mewah tersebut. Rakyat P.Pinang tidak mahu seorang Ketua Menteri yang menyalahguna kuasa demi kepentingan peribadi.

Apakah rakyat P.Pinang bakal melihat Ketua Menteri mereka berganti seperti di Selangor dan juga Kedah sebelum ini? Sama-sama kita nantikan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment