Monday, March 21, 2016

Anwar Dapat Layanan Istimewa Di Penjara Sebab Alergik 'BERAK CANGKUNG'?

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/anwar_banduan_layanan.JPG
Dengar-dengar kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ada penyakit buasir?? Iyeke?? Sebab katanya dia tidak boleh ‘berak cangkung’, alergik mungkin… Sebab itu banduan tu dapat layanan istimewa,, sehingga di beri kemudahan tandas duduk sekiranya mahu melepaskan hajat.

Anwar sekarang ini berada dalam tahanan penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya. Lima tahun dipenjarakan, tapi tidak hairanlah berapa tahun pun sebab si Anwar ni dapat layanan yang paling istimewa daripada pihak penjara. Duduk dalam penjara pun macam tak penjara la kan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa Anwar ni kes dia special sikit. Lain daripada yang lain… Alasannya sebab si Anwar ni kononnya sakit! Macam-macam la sakitnya tu yang muncul sejak-sejak dipenjarakan ni.

Antara kelebihan yang diperolehi oleh Anwar selaku ‘banduan VVIP’ ini, termasuklah tandas duduk, malah dia diberi kebenaran untuk menerima 360 perjumpaan sepanjang berada di penjara bermula dari Februari 2015 sehingga setakat 13 Mac 2016.

Apa yang paling bestnya, Anwar tak ‘dibenarkan’ untuk tidur atas tilam keras di penjara tu, malah ‘dilarang’ sama sekali untuk tidur di atas lantai macam bantuan lain. Sakit tulang belakang kata keluarganya… Sakit bahu la apa lah, macam-macam! Sebab tu pihak penjara bagi Anwar tidur atas katil hospital dengan bantal empuk lagi.. Perhhhhh, macam-macamlah !

Bersesuaian la dengan undang-undang dan peraturan penjara di mana kesihatan banduan merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan. Di tambah pula mendapat kelebihan air mandi sejuk dan panas. Kalau bab makan pulak tidak boleh makan makanan yang disediakan pihak penjara, geli tekak agaknya. Oleh itu Anwar disediakan ‘makanan sihat’ mengikut saranan pakar perubatan seperti susu, kurma dan madu.

“Daripada 360 perjumpaan: 152 kali melibatkan pemeriksaan kesihatan di Penjara Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur; berjumpa dengan keluarga sebanyak 32 kali; dengan peguam 18 kali; dengan pakar fisiologi 33 kali; berjumpa dengan peguam di luar mahkamah 85 kali; naik turun mahkamah 24 kali bicara; menggunakan telefon 38 kali; menggunakan perpustakaan 52 kali; dan memberi 5 kali ruang untuk Seksyen 31 yang membenarkan banduan pergi ke acara pengkebumian,” kata Zahid.

Itu pun jangan…. Mintak pihak penjara ‘bebaskan’ Anwar konon untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik di luar negara. Ehhhhh, dah banduan tu buat cara banduan la.., ni siap nak ‘melancong’ sampai ke luar negara pulak. Apa ingat doktor pakar tempatan ni takde standard ke??

Kalau nak sangat dapatkan pakar dari luar negara, mereka harus ‘import’ masuk doktor dan segala peralatan masuk ke Malaysia. Sorry la nak bagi Anwar ke luar negara! Memang tak ar!

“Langkah dan tindakan yang dilakukan penjara itu adalah 100 peratus bergantung kepada peraturan penjara, dan akta negara kita masih belum membolehkan banduan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan di luar negara,” ujarnya lagi...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment