Monday, March 21, 2016

Hadi Awang Mahu ‘BACK UP’ Lim Guan Eng??

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti mahu ‘back up’ atau pun berbuat baik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkenaan dengan isu harga rumah banglo yang terlalu murah dan tidak munasabah itu. Adakah Hadi Awang telah memaafkan Guan Eng mengenai pergaduhan mereka berkenaan isu hudud??

Nasihat Hadi, rakyat tidak sepatutnya menyalahkan setiausaha Agung DAP tersebut selagi dia tidak disahkan bersalah dalam isu yang melibatkan penyelewengan pembelian rumah banglo berharga RM2.8 juta tersebut.

Rakyat di negara ini juga disarankan supaya tidak gelojoh membuat andaian, sebaliknya menyerahkan kesemua tugasan tersebut kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. Tidak perlu membuat tindakan secara terburu-buru, selain bukti tidak mengesahkan Guan Eng benar-benar bersalah.

“(Isu pembelian rumah oleh Guan Eng) itu serah kepada SPRM, terpulang kepada keputusan siasatan, kita tidak boleh buat keputusan sekarang.

“Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan, (itu) baru pertuduhan,” katanya.

Pihak SPRM kini telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes yang melibatkan individu berkenaan, kerana Guan Eng disyaki melakukan pembelian rumah banglo yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.

Malah Pemimpin UMNO Pulau Pinang pula mendakwa bahawa tindakan Guan Eng yang membeli rumah banglo di bawah harga pasaran tersebut, ada kaitan dengan  skandal Taman Manggis pada 2012. Pihak SPRM akan menyiasat kes terbabit  mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kerana menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

“Saya beli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju swasta tetapi dari individu persendirian. Saya bayar dengan mengambil pinjaman bank RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai yang saya peroleh selepas saya dilantik sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat,” kata Guan Eng.

Penjelasan tersebut dibuat setelah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendedahkan bahawa Guan Eng membeli sebuah banglo pada harga yang sangat murah, sedangkan nilai pasaran harga rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment