Monday, March 21, 2016
PKR Dakwa Pekerja Asing Cecah 5.5 juta Tidak Benar
Sebelum ini Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman
mendakwa bahawa kini seramai 5.5 juta pekerja asing telah membanjiri
negara ini. Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan ahli PKR itu
sebenarnya tidak benar dan auta semata-mata. Penipuan tersebut turut
disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagi menjawab kenyataan tersebut, KDN dalam jawapan bertulisnya di Dewan
Rakyat menjelaskan bahawa berdasarkan rekod yang dibuat Jabatan
Imigresen sehingga 31 Januari tahun ini, Imigresen merekodkan sebanyak
2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih
sah dan aktif.
Kesemua jumlah 2.08 juta pekerja warga asing terbabit hanya merangkumi
aspek-aspek yang dikehendaki kerahan tenaga mereka sahaja. Seperti lima
faktor yang dibenarkan dan skop yang kurang diminati oleh tenaga kerja
tempatan.
"Bilangan ini merangkumi pekerja asing yang bekerja dalam lima sektor
formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan,
perkhidmatan, perladangan dan pertanian.., serta satu sektor informal
iaitu pembantu rumah asing," kata KDN.
Sementara itu, Fauzi juga menyoal mengenai pecahan bilangan yang
melibatkan pekerja asing mengikut negeri, pecahan kewarganegaraan dan
jantina mereka. Menuntut penerangan mengenai dakwaannya tersebut.
Menjelaskan persoalan yang membelenggu anggota PKR tersebut, KDN
memberitahu bahawa sehingga 31 Januari seramai 819,773 pekerja asing
Indonesia memonopoli pekerjaan yang melibatkan warga asing. Ini bermakna
bilangan pekerja asing dari Indonesia adalah paling ramai di negara
ini.
Turut diikuti dengan pekerja warga Nepal yang dikhabarkan seramai
483,908, manakala warga Bangladesh 272,036 orang. Bagi pekerja asing
lain seperti Myanmar dan India pula seramai 143,623 orang dan 135,921
orang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment