Wednesday, March 23, 2016
Guan Eng Dipertikai Tak Tahu Nilai Hartanah
PETALING JAYA : Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong
mempertikaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mengetahui nilai
pasaran hartanah bagi banglo yang dibelinya.
Beliau berkata, Guan Eng merupakan seorang pembeli yang ‘luar biasa’
kerana mampu membeli di bawah harga pasaran dengan mendakwa tidak
mengetahui nilai hartanah tersebut.
Tambah Chuan Hong, alasan Guan Eng kerana tidak mengetahui nilai sebenar
rumahnya disebabkan beliau bukan seorang ejen hartanah adalah tidak
masuk akal.
“Mana-mana pembeli rumah patut tahu bahawa institusi kewangan akan
melakukan penilaian hartanah sebelum membuat keputusan mengenai jumlah
pembiayaan.
“Jadi, tidak logik sekiranya Lim (Guan Eng) yang mempunyai latar
belakang perakaunan profesional tidak tahu harga pasaran sebelum beli
banglo berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Chuan Hong mendakwa, tindakan Guan Eng itu hanya sebagai cubaan untuk
menutup sebarang kemungkinan konflik berkepentingan, salah guna kuasa
dan pertukaran faedah sebagai balasan apabila membeli rumah tersebut di
bawah harga pasaran.
Beliau berkata, nilai hartanah yang merupakan banglo dua tingkat di
Jalan Pinhorn, Georgetown menjadi tanda tanya kerana ia bernilai RM2.5
juta pada 2008.
Katanya, tetapi selepas pengubahsuaian secara besar-besaran, pemilik
terdahulu telah menjualkannya kepada Guan Eng pada harga rendah RM2.8
juta.
Tambahnya, berdasarkan penilaian rasmi daripada Institut Penilaian
Negara (Inspen) yang boleh diperoleh dengan mudah secara dalam talian,
adalah jelas bahawa jenis hartanah yang sepatutnya dinilaikan
sekurang-kurangnya 4.27 juta setakat Ogos 2015.
“Sehubungan itu, Lim perlu tampil secara telus bagi menjelaskan tentang
perkara sebenar berikutan perbezaan harga yang ketara,” ujar Chuan Hong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment