
Wednesday, March 16, 2016
Guan Eng SEDIA Maafkan Mahathir Demi Rakyat... Kelakarlah

Jika diingatkan kembali sejarah hitam DAP di era zaman pemerintahan Tun
Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, agak susah
buat DAP untuk memaafkan luka yang dilakukan Mahathir ketika itu.
Bak kata orang tua-tua, luka itu sudah terpahat, terpaku di dalam
hati... Agak sukar untuk mengikis dan mengubati luka yang telah
terpendam sekian lama itu.
Mana tidaknya, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri hampir kesemua
pemimpin DAP dihumban ke dalam penjara menggunakan kuasa veto yang
dimiliki Mahathir ketika itu.
Tetapi.., pada hari ini, luka yang dilakukan Mahathir itu dapat
dimaafkan oleh pemimpin DAP... Pemimpin-pemimpin DAP mendakwa mereka
terpaksa memaafkan dosa yang dilakukan Mahathir demi menyelamatkan
rakyat.
DAP Berterus terang jela DAP sanggup memaafkan Mahathir untuk apa... Tak
payah nak berdolak dalih, nak berlakon bagai... Rakyat dah muak dengan
lakonanan DAP ni.. Terus terang je cakap yang DAP mahu mempergunakan
Mahathir dan nak jadi parti pemerintah kan?? Sebab tu la DAP sanggup
untuk maafkan segala dosa-dosa yang Mahathir lakukan terhadap DAP dulu..
Betul tak?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment