Berkata Mukhriz, dia tidak membubarkan DUN Kedah pada ketika dia didesak meletak jawatan kerana sikap tidak peduli kepada jawatan Menteri Besar Kedah yang disandangnya pada waktu itu adalah kerana dia tidak mahu Kedah terlepas ke tangan pembangkang (baca: PAS).
Sekali imbas kita dimomokkan dengan kasih sayang dan keprihatinan melampau Mukhriz kepada partinya, UMNO dan Barisan Nasional.
Hakikatnya, Mukhriz memang tidak boleh membubarkan DUN Kedah kerana kuasa membubarkan DUN adalah kuasa DYMM Sultan Kedah. Dia selaku Menteri Besar pada waktu itu hanya boleh mencadangkan.
Sejarah tahun 2009 menunjukkan, usaha pembubaran DUN di Perak tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki oleh DAP dan PKR serta PAS, sebaliknya, DYMM Sultan Perak pada waktu itu telah memilih seorang Menteri Besar lain dari UMNO-BN yang bertukar menjadi majoriti di DUN Perak setelah tiga orang ADUN dari PKR dan DAP melompat parti.
Kalaupun Mukhriz mampu memujuk DYMM Sultan Kedah agar bersetuju dengannya membubarkan DUN, belum tentu lagi Mukhriz akan terpilih sebagai calon pada mana-mana kerusi melainkan sebagai calon BEBAS atau calon pembangkang kerana senarai calon UMNO-BN perlu mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional Pusat selepas disenaraikan oleh UMNO dan BN Negeri.
Mukhriz nak main wayang juga dalam bab ni?
Memang lemah betul anak Mahathir yang diuwar-uwarkan sangat bijak ni walaupun sepanjang dia menjadi Menteri Besar Kedah, dia tidak pernah bijak mahu menyelamatkan kerjayanya. Dan kalau benar dia sayangkan parti sebagaimana yang cuba diperakuinya, dia tidak akan cuba untuk mensabotajnya seperti sekarang.
Dan sekarang, selepas kehilangan jawatan, dia mula meroyan dengan pelbagai cerita nostalgia yang luar biasa dan bukan-bukan!
Tak payahlah main wayang... kalau dah nak sangat menentang parti sendiri, buatlah cara lebih gentleman!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment