
Monday, March 21, 2016
Guan Eng Tidak Mampu Beri Hujah Balas – Rahman Dahlan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta
menghentikan drama murahan dan sikap kebudak-budakan dalam menangani isu
pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, Jelutong tahun lalu dan penjualan
tanah Taman Manggis, Pulau Pinang pada tahun 2012.
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul
Rahman Dahlan berkata, Guan Eng harus menghentikan sikap itu
memandangkan setakat ini beliau masih gagal memberikan hujah balas bagi
menyangkal dakwaan terhadapnya.
“Saya masih menunggu jawapan beliau. Tidak ada guna bawa wartawan
berkunjung ke rumahnya dan membuat muka monyok ketika bergambar bersama
isteri kerana ia tidak mampu dijadikan bukti beliau tiada kaitan dalam
isu pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis.
“Semua itu saya lihat sebagai drama murahan dan menonjolkan sikap
kebudak-budakan beliau dalam menangani isu besar tersebut,” katanya
kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Guan Eng menjelaskan
kaitan pembelian banglonya dengan penjualan tanah di Taman Manggis.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan Guan Eng bergambar
dengan menunjukkan kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh Ahli
Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sambil minum kopi di
pejabatnya dilihat sebagai cubaan yang gagal untuk membangkitkan isu
sampingan.
“Setakat ini, saya lihat Guan Eng menggunakan taktik drama dan
retorik untuk mempertahankan diri, bukannya melalui hujah serta bukti
yang kukuh.
“Jangan ingat rakyat boleh tertipu dengan cara kebudak-budakan beliau menangani itu,’’ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment