
Monday, March 21, 2016
Bersatu Menentang Agenda DAP – Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru
umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan
DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah
negara ini.
Beliau berkata, DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini
memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat
Islam adalah 60 peratus.
“DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai
ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu
memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
“Selain itu, kita juga telah mengingatkan UMNO supaya kembali kepada
Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda
politik merupakan satu sumbangan yang besar,” katanya ketika berucap
dalam majlis perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Pas Bandar Tun Razak di
sini malam tadi.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor
Mohamad.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut
mempersoalkan peranan PAN yang dipimpin Presidennya, Mohamad Sabu dalam
memperjuangkan agenda politik di negara ini bersama DAP dan PKR.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, beliau bimbang berhubung situasi
politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik
orang Melayu.
“Saya lihat DAP yang diwakili oleh kaum Cina telah berjaya walaupun
mereka hanya terdiri daripada 30 peratus, lebih-lebih lagi mereka telah
menguasai pendapatan per kapita yang lebih tinggi serta ada cita-cita
lebih daripada itu.
“Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP tidak
menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuangan kita merupakan
satu perjuangan yang berterusan,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment