Monday, March 21, 2016
Hanya 70 Orang Sahaja Sambut Mukhriz Di Johor
Semenjak Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi menjadi Menteri Besar
Kedah, beliau dilihat mengadakan beberapa siri jelajah ke seluruh
Malaysia bagi memburukkan pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri
Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional.
Beliau menggunakan alasan kononnya untuk menyelamatkan negara namun
rakyat Malaysia tahu bahawa tindakan Mukhriz tersebut bermotifkan
politik peribadi terutama apabila mereka sanggup berkerjasama dengan
musuh negara iaitu Lim Kit Siang dan sekutu-sekutu mereka.
Dikhabarkn program jelajah mantan Menteri Besar Kedah di Johor hanya
dihadiri lebih kurang tujuh puluh orang sahaja termasuk pihak penganjur,
jurukamera dan para pengawal peribadi beliau. Raut wajah Mukhriz jelas
menunjukkan perasaan kecewa terhadap sambutan yang cukup hambar
tersebut.
Baru-baru ini Mukhriz menegaskan bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad
secara ‘rohaniahnya’ masih kekal dalam Umno. Menurut Mukhriz lagi, mana
mungkin seorang yang ‘berdarah keris’ sanggup meninggalkan parti yang
disertainya sejak remaja.
Adakah ini merupakan penjelasan yang lojik berkenaan tindakan yang tidak
bermaruah Mahathir bersekongkol dengan pembangkang untuk menyingkirkan
Perdana Menteri kita melalui Deklarasi Mahathir-Kit Siang? Orang yang
kurang cerdik pun mampumenjawab bahawa Mahathir dan Mukhriz hanya
bertindak atas kepentingan peribadi semata-mata. Mereka tidak pernah
mengambil kira kepentingan rakyat dalam keputusan yang mereka ambil.
Untuk makluman, ini merupakan tindakan kali kedua Mahathir selepas
berbuat demikian buat kali pertama ketika tidak berpuas hati dengan
pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebenarnya rakyat dapat menilai bahawa sandiwara Mahathir dan Mukhriz
ini bersandarkan kepada niat jahat demi kepentingan peribadi mereka.
Oleh itu, bukan lah sesuatu yang memeranjatkan apabila kunjungan Mukhriz
ke Johor tidak mendapat sambutan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment