Monday, March 21, 2016
Nak Bising Apa Lagi... Anwar Adakan 360 Perjumpaan Dalam Tempoh 398 Hari Hukuman Liwat
Sehingga 13 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjalani 398 hari
hukuman penjara daripada tempoh hukuman penjara lima tahun terhadapnya
atas kesalahan meliwat.
Ketika keluarga dan pembangkang merungut kononnya layanan tidak adil
Jabatan Penjara ke atas bekas Ketua Pembangkang itu, sebenarnya daripada
398 hari tempoh hukuman itu, Anwar dibenarkan mengadakan perjumpaan
sebanyak 360 kali.
Paling banyak adalah perjumpaan untuk pemeriksaan perubatan di Sungai
Buloh sebanyak 152 kali dan 9 kali lagi di Hospital Kuala Lumpur.
Maklumat itu didedahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi ketika sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang di
Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Isnin.
Dalam tempoh itu Anwar juga dibenarkan berjumpa dengan keluarganya
sebanyak 19 kali di penjara Sungai Buloh dan 13 kali diatur di hospital.
Sejak menjalani hukuman penjara 10 Februari tahun lalu, Anwar juga
dibenarkan mengadakan perjumpaan bagi pemeriksaan pakar psikologi.
Anwar juga berjumpa peguam sebanyak 18 kali di penjara dan berjumpa peguam di luar penjara sebanyak 85 kali.
Bekas Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu juga 24 kali menghadiri perbicaraan di mahkamah.
Malah, beliau juga dibenarkan keluar sebanyak lima kali mengikut Seksyen
31 Akta Penjara termasuk menghadiri pengkebumian arwah bapanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar diberi
keizinan dilawati dan mendapatkan rawatan perubatan terutama oleh
pakar-pakar berdasarkan langkah-langkah dan peraturan Jabatan Penjara.
Malah bedasarkan syor pakar perubatan Anwar disediakan katil khas,
tandas duduk, air panas, kerusi dan meja serta makanan mengikut syor
panel perubatan.
Zahid yang mengambil masa selama 25 minit untuk bercakap tentang isu
jabatan Penjara telah menjawab soalan ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua
yang dilihat cuba untuk memutar belit peraturan yang memberikan
kelonggaran kepada banduan bagi mendapatkan rawatan.
Namun jelas Zahid, setiap banduan haruslah mendapatkan rawatan di
hospital tempatan sahaja dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana
alatan hospital di Malaysia setanding seperti di hospital antarabangsa.
Namun, jika Anwar ingin juga menggunakan kepakaran dari doktor luar
negara, segala alatan yang ingin digunakan boleh dipindahkan di
mana-mana hospital di Malaysia untuk meneruskan rawatan terhadap bekas
Ketua Umum PKR itu.
“Kerajaan dah putuskan bahawa Anwar boleh dirawat oleh pasukan perubatan
dari fakulti George Washington, beliau boleh pilih mana-mana hospital
kerajaan di Malaysia dan bawa seluruh kepakaran ke mana-hospital dan
boleh membawa alatan yang diperlukan sama ada pembedahan atau semua ubat
yang sesuai untuk rawatan berkenaan.
“Langkah dan tindakan yang dilakukan penjara itu adalah 100 peratus
bergantung kepada peraturan penjara, dan akta negara kita masih belum
membolehkan banduan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan di luar
negara,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment