Monday, March 21, 2016
Salah Kuasa Wajib DiTangkap.... Khairy Sahkan Pegawai KBS Salahguna Dana RM100 Juta… Guna Prosedur Tak Perlu Kelulusan Atasan
Kementerian mana? Itu antara soalan yang berlegar bila Ahad lalu meletop
cerita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cekup sembilan
orang termasuk seorang Setiausaha Bahagian sebuah kementerian salahguna
dana akibatkan kerajaan rugi lebih RM100 juta.
Turut mengejutkan pegawai kanan itu dianggar terima suapan RM20 juta dari kegiatan sindiket berkenaan.
Sejak itu berbagai andaian yang tidak sah tersebar termasuk kata kes itu berlaku Kementerian Belia dan Sukan.
Pagi Isnin, Khairy Jamaluddin mengesahkan khabar angin yang berlegar itu bahawa Setiausaha Bahagian itu dari kementeriannya.
Dalam sidang akhbar di kementerian itu di Putrajaya beliau menjawab
berbagai soalan termasuk apakah tidak sedar kegiatan sindiket salahguna
dana kerajaan dan gaya hidup mewah pegawai berkenaan selama ini.
Juga sejak bila kegiatan itu mula berlaku.
Khairy menjelaskan kegiatan itu tidak disedari kerana pegawai berkenaan
selama ini mengunakan prosedur tidak perlu kelulusan atasan.
Beliau enggan ulas mengenai gaya hidup suspek dan hal berkaitan dengannya kerana SPRM masih dalam proses siasatan.
Cuma katanya pegawai itu belum digantung jawatan.
Ini kerana ikut prosedur kerajaan tindakan itu hanya boleh diambil selepas kes masuk mahkamah.
Katanya SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa minggu yang lepas
bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.
“Saya telah menyatakan kesediaan KBS dan agensi-agensi di bawahnya untuk
memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat
dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.
“KBS menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
berdasarkan hasil siasatan. Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam
membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.,”katanya.
Serentak dengan kes ini,Khairy kata satu semakan segera terhadap segala
mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di
KBS akan dilaksana.
“Bagi tujuan ini, saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara
(KSN) berkenaan penubuhan sebuah pasukan siasatan bebas untuk mengenal
pasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalaman
KBS.
“Objektif utama pasukan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan proses
dalaman yang boleh menjurus kepada penyelewengan dana awam,”katanya.
Ditanya sama ada KBS akan mengkaji semula projek dan program di bawah
kementerian ekoran kes berkenaan, Khairy berkata kes penyelewengan itu
hanya khusus kepada bentuk peruntukan yang tidak melibatkan projek
pembangunan setakat ini.
"Projek dan program pembangunan yang tidak melibatkan kelulusan
peruntukan yang digunakan dalam kes ini, akan terus berjalan seperti
biasa, tetapi kalau pasukan bebas perlu melihat kepada semua prosedur
kelulusan KBS, kami sedia untuk bekerjasama dengan pasukan itu,"
katanya.
Ditanya mengenai dakwaan dana penyelewengan itu disalurkan kepada Majlis
Sukan Negara, Khairy berkata ia masih dalam siasatan SPRM.
Khairy memuji tindakan pantas SPRM dalam kes berkenaan bagi mengelakkan
ketirisan berlaku dalam kerajaan serta memberi keyakinan kepada orang
awam tiada siapa dilindungi daripada siasatan SPRM.
"Walaupun ini bukan satu berita baik bagi kementerian saya, tetapi saya
lihat tindakan SPRM membuat siasatan cepat dan menyeluruh adalah
tindakan bagus bagi mengelakkan penyelewengan dan rasuah berlaku,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment