Friday, March 18, 2016
Ini Lagi Berpenyakit Angau Kot..... Mahfuz Tak Tergamak Lihat Penderitaan Rakyat
PETALING JAYA : 'Tak tergamak' melihat lebih banyak kerosakan di Malaysia
menjadi sebab utama Datuk Mahfuz Omar menyokong agenda yang dibuat
bertujuan mengubah pucuk pimpinan negara pada masa ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata sekiranya menunggu pilihan raya
umum akan datang untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak, beliau bimbang lebih banyak kerosakan dan penderitaan
akan berlaku.
"Ada orang tanya saya kenapa saya tak tunggu pilihan raya umum menuntut
pengunduran Datuk Seri Najib. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya
tak tergamak nak tengok kerosakan negara menjadi lebih buruk dan lebih
parah sementara PRU-14 lebih kurang dua tahun lagi.
"Sebagai orang yang cintakan Malaysia saya tak tergamak nak tengok
penderitaan rakyat," katanya pada sidang media perhimpunan Kongres
Rakyat 2016 di sini Khamis.
Mahfuz adalah satu-satunya pemimpin PAS yang akan hadir pada perhimpunan itu.
"Saya hadir atas nama warganegara bukan parti bermula dengan Deklarasi Rakyat," katanya.
Tambahnya, kebimbangan beliau bukanlah tentang siapa yang akan memggantikan Najib jika beliau berjaya sisingkirkan.
"Yang penting ada satu kesedaran baharu dalam politik Malaysia bahawa
tak boleh dengan sewenang-wenangnya seorang perdana menteri melakukan
kerosakan kepada negara dan membuatkan rakyat menderita," katanya.
Sementara itu penganjur perhimpunan Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau
berharap Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dapat meneruskan
sokongan terhadap perhimpunan yang bakal diadakan.
"Datuk Mustafa saya harap dia terlibatlah. Ada orang awal-awal dia terlibat, dia sokong tapi selepas itu tidak," katanya.
Perhimpunan tertutup itu menuntut pengunduran perdana menteri dijadual diadakan 27 Mac ini di Pusat Konvenyen Shah Alam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment