Friday, March 18, 2016

Ibrahim Ali Pecat Ahli Kritik Perkasa...Bangang Semuanya Kritik PERKASA Tak Boleh?

Marah dengan kritikan yang dilemparkan, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengambil tindakan drastik dengan memecat mereka yang tidak sehaluan dengan pendirian beliau, hari ini.

Menurut bekas Ketua Penerangan Perkasa Wilayah Persekutuan, Rafi Awang Kechik, tindakan itu diambil sejurus selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan keputusan Perkasa menghalang ahli untuk menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Saya dihubungi oleh Ibrahim Ali yang meminta penjelasan berhubung kenyataan yang mempertikaikan keputusan Setiausaha (Syed Hassan Syed Ali) untuk menghalang ahli Perkasa mengeluarkan kenyataan menyokong Perdana Menteri.

“Disebabkan itu, Ibrahim memaklumkan saya bukan lagi ahli Perkasa dan jawatan saya sebagai Ketua Penerangan Wilayah Persekutuan telah digantikan dengan orang lain” katanya ketika dihubungi media sebentar tadi.

Rafi ketika ditemui media semalam membidas tindakan Ibrahim yang disifatkan tidak mempunyai nilai perjuangan kerana menipu ahli Perkasa dengan menggunakan kedudukan beliau untuk memaksa ahli mengikut apa yang beliau sokong.

Ia ekoran kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika sidang akhbar semalam yang memberi amaran kepada mana-mana ahli yang ingin menyatakan sokongan terhadap pemimpin parti politik perlu memaklumkan kepada pimpinan Perkasa pusat terlebih dahulu atau berdepan dengan tindakan disiplin.

Menurut Rafi lagi, tindakan yang dikenakan itu jelas bertentangan dengan pendirian Ibrahim sebelum ini yang mempertikaikan keputusan Umno terhadap terhadap Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Sebelum ini Perkasa pertikai keputusan Perdana Menteri pecat Muhyiddin dan Mukhriz yang sering kritik parti dan kerajaan secara terbuka.

“Tapi bila saya pertikai keputusan Presiden Perkasa tak sampai 24 jam saya pula dipecat,” ujarnya pula.

Ibrahim sebelum ini pernah menyifatkan mereka yang dipecat dari Umno kerana mengkritik Presiden sebagai pemimpin yang hebat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment