Wednesday, March 23, 2016

Inilah Dikatakan Politik Balas Dendam.... Saman Najib : Tun M Sengaja Cari Publisiti

Sudahlah Madey... Najib sebagai PM sentiasa COOL dalam banyak perkara dan tidak pernah melatah apa jua perkara.Sanggup Madey buat apa saja untuk mengelakkan dimalukan. Sedar lah sikit.... dekatkan pada Ilahi.Banyakkan Amal Ibadat sikit.

KUALA LUMPUR : Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menuntut ganti rugi teladan bersabit isu derma RM2.6 bilion disifatkan sebagai meraih publisiti murahan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed kemudiannya mempersoalkan 'locus standi' Mahathir untuk berbuat demikian berikutan isu derma itu langsung tiada kaitan dengan dirinya.

Malah, Nur Jazlan turut beranggapan bekas perdana menteri itu sengaja berbuat demikian untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Najib.

"Apa yang beliau (Mahathir) lakukan ini sebagai gimik politik, hendak dapatkan publisiti sahaja.

"Kalau dalam sistem mahkamah pun, beliau tiada 'locus standii' kerana jumlah RM2.6 bilion bukan berkenaan dengan beliau," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Pulai itu juga menegaskan sama ada atas nama bekas perdana menteri atau rakyat sekalipun, Mahathir tidak ada keperluan untuk menyaman Najib.

Terdahulu, Mahathir pada hari ini memfailkan saman terhadap Najib atas sebab kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku 'tort misfeasance' dalam jawatan awam.

Selain Mahathir, plantif yang lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Ketia Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Tuntutan saman ganti rugi teladan sebagai RM2.6 bilion, manakala ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Ketiga-tiga invidu ini adalah antara yang bersetuju dan menandatangani Deklarasi Rakyat untuk mendesak Najib berundur sebagai Perdana Menteri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment