Wednesday, March 23, 2016

Ooohh, Nak Kena Ada Swimming Pool Baru Rasuah, Letihlah… !!!

EDITOR MENULIS...
22 MAC 2016
noswimmingpool
Berbeza betul keadaannya sekarang bila Lim Guan Eng teruk dihentam kiri dan kanan dalam kontroversi berkaitan banglo diskaunnya.  Tak ramai yang nak ke depan pertahan lelaki yang kononnya paling bersih dalam dunia itu.

Sampai terpaksa ke luar negara untuk mengelak kontroversi berpanjangan.  Apa yang dirancang semua tak menjadi, ajak minum kopi orang tak layan, heboh nak jawab kat parlimen kononnya pun tak ada juga, yang betul dia pergi ke luar negara masa siasatan baru bermula, itu saja.

Kot balik nanti orang lupa ke? Sorrylah, kita tak lupa, kita bukan Mahathir.

Apa pun, dah nama penjilat, ada jugaklah satu dua yang cuba tunjuk skill pertahan Guan Eng di media sosial.  Yang penulis tak tahan tu dia percaya betul hashtag #noswimmingpool yang trending menggila sekarang ni adalah bukti bahawa Guan Eng tidak melakukan sebarang kesalahan sebab banglo diskaunnya tu betul takde kolam renang.

Itu troll la biol!!  Orang tengah sindir sebab dia bagi alasan tak kukuh macam itu bila ditanya kenapa rumah itu berkali ganda murah dari harga pasaran.

Begitupun, taklah kita mengatakan Guan Eng dah bersalah sebab siasatan baru bermula, masuk Mahkamah pun tidak lagi, tapi dengan mengatakan ada ke takde swimming pool tu saja sebagai bukti takde kesalahan dah dibuat, itu bodoh namanya.

Sejak bila penentuan salah tak salah dalam kes ini cukup dengan tunjuk ada swimming pool ke tidak? Undang-undang yang kita sebut ni bukan bincang kedai kopi.

Apa pun, begitulah warna warni penyokong pembangkang bila dah tersepit, benda yang troll pun diambiknya sebagai fakta, memang menggelikan hati betul lah.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment