Monday, March 21, 2016
Isu Skandal Rumah Banglo : Guan Eng Patut Henti Sikap Politik Jalanan
NIBONG TEBAL : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau
Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman membidas sikap Ketua Menteri
negeri itu Lim Guan Eng yang mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk
Shahbudin Yahaya untuk bersemuka dengan beliau di Komtar pada Ahad ini.
Cabaran itu dibuat ekoran dakwaan ahli parlimen tersebut berkaitan
pembelian banglo di kawasan kediaman elit Jalan Pinhorn George Town oleh
Guan Eng daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan pada harga
yang jauh lebih murah dari harga pasaran.
Tegas Zainal Abidin selaku individu yang telah memegang jawatan Ketua
Menteri selama tujuh tahun, Guan Eng seharusnya tidak lagi mengamalkan
sikap politik jalanan seperti itu.
“Jika
benar dia tidak bersalah maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Dia
juga telah mengatakan bahawa pembelian banglo itu dibuat secara sah,
‘bebas dan rela hati’, pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau
tekanan.
“Jadi biarlah pihak yang berkaitan membuat siasatan. Tidak perlu
melenting jika dakwaan pembelian secara sah itu betul. Melalui siasatan
ini juga akan dapat membersihkan namanya dari sebarang tuduhan dan salah
laku serta rasuah,” katanya kepada media.
Justeru itu, Zainal Abidin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) agar segera menyiasat dakwaan tersebut kerana laporan
berkaitan perkara ini sebenarnya telahpun dibuat sejak tahun 2009 lagi
namun sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan.
Beliau turut menggesa agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang
mempertingkatkan usaha mereka dalam menyediakan rumah kediaman yang
mampu dimiliki untuk rakyat negeri itu yang belum memiliki rumah
sendiri.
“Rakyat Pulau Pinang sangat bangga dan gembira kerana selepas tujuh
tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng dapat membeli sebuah
banglo pada harga istimewa di Pulau Pinang.
Takkanlah seorang Ketua
Menteri mahu terus menjadi seorang penyewa rumah sahaja dan tidak
memiliki kediaman sendiri.
“Tapi kerajaan negeri juga haruslah segera menyediakan rumah mampu
milik untuk rakyat yang tidak ada rumah. Rumah tanpa kolam renang pun
tak apa… asalkan rumah mampu milik.. bukan rumah mampu tengok,” sindir
beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment