Wednesday, March 23, 2016
Itu Cadangan Pembangkang Nak Bagi PERCUMA KONONNYA..... Lebih 660 Ribu Peminjam PTPTN Gagal Bayar Balik
Seramai 662,983 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan RM5.4 bilion
sehingga 31 Disember lalu.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam jawapan bertulis di
Dewan Rakyat pada Rabu, RM2.79 bilion pula adalah baki tertunggak kerana
peminjam membuat bayaran balik lebih rendah daripada ansuran ditetapkan
PTPTN.
“Bagi tempoh itu juga, seramai 1.88 juta peminjam perlu membayar balik pinjaman PTPTN melibatkan jumlah RM15.33 bilion.
“Daripada jumlah itu, seramai 1.22 juta atau 64.72 peratus peminjam mula
membayar balik dengan amaun kutipan sebanyak RM7.14 bilion,” kata
kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Setiawangsa
Datuk Ahmad Fauzi Zahari mengenai jumlah hutang tertunggak PTPTN
sehingga Disember lepas.
Ahmad Fauzi juga ingin tahu inisiatif yang dirangka kementerian itu bagi
menggalakkan peminjam menjelaskan pinjaman pendidikan mereka.
Menurut KPT, antara strategi yang dilaksanakan adalah taklimat di
institusi kerajaan dan swasta secara berkala serta pemberian diskaun
sebanyak 20 peratus bagi penyelesaian hutang secara sekali gus bagi
tempoh 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013 dan 10 Okt 2014 hingga 31 Mac
2015.
“Selain itu, KPT juga membenarkan penstrukturan semula hutang sehingga
maksimum umur tidak melebihi 60 tahun, menyenarai hitam peminjam yang
gagal membuat bayaran balik dengan Jabatan Imigresen dan melaksanakan
tindakan undang-undang,” kata KPT.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment