Thursday, March 10, 2016

Kalau Mukhriz Berani, Dedahkan Lah Urusan Syarikat Kroni Pula

image-1-1
Sejak kehilangan jawatan MB ini , Mukhriz terlihat sebagai peka kepada isu isu yang menghala kepada parti atau pun Presiden sendiri.

Bagus lah jika niatnya mahu tahu kebenaran, dan niat mahu selamatkan Malaysia.

Kami lihat macam macam MM persoal, dari hal kiraan baki dana , hal derma dan yang sewaktu dengan nya.

Jika itu cara hendak menangkan parti UMNo yang dia kata dia sayang , bagus juga lah.

Namun, sambil MM sebuk bertanya dan menyoal berkenaan urusan Presiden parti nya sendiri , elok juga MM jadi hero kepada rakyat dengan mencerita sedikit berkenaan urusan syarikat kroni ayah nya.

MM boleh bantu rakyat dengan bertanya kepada ayah nya kenapa syarikat kroni sentiasa mendapat “jobs” projek dan tender.

Bahkan ada konsensi yang membebankan rakyat ditandatangani ketika ayah nya jadi Predana Menteri memihak kepada syarikat kroni dan bukan kepada kerajaan.

Pelik juga kan , menangkan syarikat dan bukan menangkan kerajaan.

Maka elok sangat lah MM jadi hero rakyat dengan mendapat butiran bagaimana agreement boleh menyusah kan PM yang kemudian dan sambil itu menyusahkan rakyat.

Rakyat yang muda muda belaka juga harus tahu berkenaan IPP , dikatakan kilang cetak duit berbillion dengan memerah TNB dan TNB pula memerah keringat dan darah rakyat hanya sebab mahu “servis” kepada syarikat IPP milik kroni ayah Mukhriz.

Dalam duk MM kata pelik dan heran berkenaan kiraan derma , rakyat juga pelik dan hairan asyik asyik syarikat kroni yang sama dapat jobs.

Oh lupa, isu ERL dan Tabung Haji menjadi badut kena bayarkan untuk YTL, ini sangat penting jika MM dapat minta penjelasan dari ayah sendiri supaya rakyat tahu kenapa ERL menjadi perjanjian berat dan membebankan rakyat.

Rakyat juga ingin tahu berkenaan kenapa ayah Mukhriz sentiasa di sambut tahun lahir nya oleh kroni nya Vincent Tan.

Ada apa apa kah ? mungkin ada sebab nya Birthday ayah Mukhriz sentiasa dibelanja oleh Vincent Tan ini. 

Kita bertanya sahaja , macam Mukhriz tanya pasal derma walaupun duduk dalam mesyuarat tapi blur.

Ada banyak lagi soalan berkenaan syarikat kroni ayah Mukhirz , tapi buat masa ini cukup yang ini dulu.

Mohon tolong juangkan yang ni juga demi rakyat .

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment