Thursday, March 10, 2016

Mahathir, Muhyiddin Dan Mukhriz Adalah Khawarij?

selamatkan malaysia deklarasi mahathir
“TIDAK BERIMAN SESEORANG KAMU SEBELUM KAMU BERWALA’ (MENCINTAI) SAUDARA KAMU DALAM ISLAM, SEBAGAIMANA KAMU MENCINTAI DIRI KAMU SENDIRI” (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis ini jelas Allah telah mengarahkan kita selaku hamba kepadanya untuk berwala’ atau mencintai saudara mara kita khususnya dalam Islam. Hadis ini jelas dan sahih tanpa keraguan bahawa ia adalah suruhan Allah yang harus kita laksanakan.

Jadi, apa pula hukum kita berwala’ dengan orang Kafir? Atau kita mengangkat orang Kafir sebagai ketua kita, apa hukumnya? Ia termasuklah jika kita bersekongkol dengan orang Kafir. Yang dimaksudkan dengan orang Kafir disini jelas, mereka-mereka yang anti kepada Islam sahaja.

Bukankah dalam Al-Quran telah disebutkan dengan jelas bahawa ‘jangan kita jadikan orang Yahudi dan nasrani sebagai pemimpin kamu’ ?

Berbeza pula kalau orang Kafir yang dipilih atau diikuti itu tetapi dalam masa sama dia yakni Kafir itu tidak melawan serta bersama-sama mengikut kepimpinan Islam, maka harus kita mengikutnya dan tidak boleh dipecat.

Sebagai contoh, jika pemimpin kawasan kita adalah bukan beragama Islam tetapi beliau mewakili parti kepimpinan Islam, maka harus bagi kita untuk mengikutnya. Kerana dengan asbab kita menyokongnya, beliau mampu membantu kerajaan Islam yang ada.

Kerana kita tidak berwala’ kepada dirinya itu, kita berwala’ kepada yang lebih atas (pemimpin tertinggi kerajaan Islam). Namun, pemimpin tempatan kita yang bukan beragama Islam itu juga wajib kita ikuti.

Sekiranya ada dalam kalangan kita bersatu padu bersama dengan orang Kafir untuk menjatuhkan orang Islam (termasuk kepimpinan Kerajaan Islam), ia disifatkan sebagai bersifat Khawarij.

Perkara ini juga dijelaskan oleh seorang pendakwah dari Singapura, Ustaz Rasul Dahri yang turut meminta umat Islam agar terus wala’ kepada pemimpin yang ada dalam negara masing-masing.

Rasul berkata demikian dalam satu ceramah agamanya pada 28 Mei 2012 di Al-Khadeem dengan kuliah bertajuk "Membedah Kitab Kesesatan Tauhid Hakimiyah dan Khawarij" 

Apa itu Khawarij? Sedikit mengenainya

Kaum Khawarij telah dibuktikan menjadi golongan yang paling mudah berburuk sangka. Dalam catatan sejarah, mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah s.a.w dalam pembahagian ghanimah, bahkan sehingga sanggup menuduh Rasulullah s.a.w tidak mencari keredhaan Allah Taala. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat kesimpulan daripada sebab Rasulullah s.a.w melebih-lebihkan pembesar berbanding golongan marhein. Padahal apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dalam rangkai dakwah dan ta’liful qulub. Mereka juga menuduh Syaidina Uthman Affan r.a sebagai pengamal nepotisme dan menuduh Syaidina Ali r.a sebagai pemimpin yang tidak berwawasan.

Dzul Khuwaishirah si bodoh yang melemparkan tuduhannya yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak ikhlas dengan berkata :

“ERTINYA : DEMI ALLAH, SESUNGGUHNYA INI ADALAH SUATU PEMBAHAGIAN YANG TIDAK ADIL DAN TIDAK DIKEHENDAKI DI DALAMNYA WAJAH ALLAH”. [Hadis Riwayat Muslim II/739, No. 1062, Ahmad IV/321].

Dzul Khuwaishirah ketika melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membahagi harta kepada orang-orang kaya, bukan kepada orang-orang miskin, dia tidak menerimanya dengan prasangka yang baik atas pembahagian tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment