Thursday, March 10, 2016
YDP PERKIM : Sibuk Desak Orang Letak Jawatan, Dia Sendiri Tak Buat Kerja
SIFAT keprihatinan dan mahu
membantu mereka yang berada dalam kesusahan jelas terpancar pada
kepribadian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Lihat sendiri semalam beliau sebagai
orang nombor satu dalam kerajaan di negara ini sanggup singgah sebentar
melihat keadaan Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan, Kuala
Lumpur.
Walaupun dalam keadaan jadual yang
terlalu padat serta begitu banyak isu yang harus difikir dan
diselesaikan, namun ciri-ciri yang diwarisi daripada bapanya jelas
terpancar dalam lawatan mengejut ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa
ASDAF ditubuhkan untuk berperanan membantu anak-anak orang Asli
mendapatkan pendidikan akademik secara rasmi dan menjaga hal ehwal
kebajikan hidup mereka.
ASDAF ini ditubuhkan melalui Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan bertujuan sedemikian.
Namun difahamkan dalam lawatan semalam
ke ASDAF, Perdana Menteri berasa kekecewaannya khususnya terhadap
infrastruktur asrama yang telah uzur, tidak sesuai dan amat memerlukan
bantuan khusus.
Suasana asrama yang dikelolakan oleh
PERKIM ini amat teruk dan tidak lagi sesuai bagi menampung seramai
kira-kira 42 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Kemanakah kepimpinan PERKIM pergi
sehingga dikatakan kurang melihat dan kurang memberi perhatian yang
maksima kepada kebajikan ASDAF dan para penghuninya?
Adakah kepimpinan PERKIM asyik sibuk
dengan urusan lain sehingga sanggup melupakan dan ‘melepas tangan’
terhadap kebajikan kanak-kanak orang Asli tersebut?
Hasil pemerhatian, rupa-rupanya
kepimpinan PERKIM (khususnya Yang Di-Pertuanya) sedang sibuk mahu
menggulingkan Kerajaan Islam yang ada di negara ini.
Mungkin ramai tidak tahu atau sudah lupa
bahawa Yang Di-Pertua PERKIM adalah Tun Dr Mahathir Mohamed yang
berkuasa penuh terhadap badan tersebut.
Jadi, tidak hairanlah jika ada yang
mengadu bahawa kebajikan ASDAF dan para penghuninya masih terlalu banyak
memerlukan bantuan dan sentuhan simpati dari Kerajaan Malaysia.
Apapun, mulianya hati seorang Perdana
Menteri sanggup turun melihat 42 orang kanak-kanak orang Asli di ASDAF.
Sepatutnya perkara sebegini tidak harus sampai menunggu Perdana Menteri
sendiri yang turun selesaikan masalah.
Apa guna kepimpinan PERKIM yang ada?
Bukankah PERKIM itu sendiri durus oleh Negarawan Ulung yang menjadi ikon
serta idola rakyat Malaysia dan dunia sepanjang zaman?
Jika perkara sekecil ini pun tidak mampu
dijaga, apa guna digelar Negarawan, Bapa Permodenan atau bermacam-macam
lagi gelaran ‘ampuan’?
Takkan nak jaga 42 kanak-kanak orang Asli pun sudah tidak mampu? Terpaksa mengharapkan sentuhan jasa Najib Razak juga akhirnya.
Terima kasih diucapkan kepada Najib
Razak yang berjiwa besar mengenepikan segala usaha Dr Mahathir yang mahu
menjatuhkan dirinya, demi mahu membantu kanak-kanak susah yang
sebenarnya ‘dipertanggungjawabkan’ di bawah badan kepimpinan Dr Mahathir
sendiri.
Apa lagi harus kita katakan? Dr
Mahathir, sila letak segala jawatan dalam GLCs, NGOs dan lain-lain badan
kerana tuan tidak buat kerja pun. Jangan hanya tahu nak minta orang
lain letak jawatan saja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment