Thursday, March 10, 2016

Kerana Rasuah PDRM Dipandang Negatif Oleh Masyarakat

http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2014/09/zahid1.jpg
Jika dilihat pada hari ini, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering dipandang negatif oleh masyarakat, khususnya masyarakat Cina... Perkara ini terjadi gara-gara segelintir anggota PDRM yang gemar memakan rasuah.

Bila terdapat seorang yang melakukan perbuatan terkutuk itu, maka seluruh jabatan PDRM terkena tempiasnya sehingga masyarakat tidak lagi menganggap PDRM sebagai sebuah pasukan yang banyak membantu masyarakat dan negara.


Masyarakat lebih memandang kearah negatif terhadap pasukan PDRM, mereka menganggap PDRM ini umpama satu pasukan yang mencari duit tepi untuk menambah duit poket mereka.


Justeru, bagi mengembalikan persepsi masyarakat terhadap pasukan PDRM, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa anggota PDRM untuk jujur, tegas dan mesra semasa berkhidmat.

 
Kata Zahid, PDRM banyak berjasa terhadap masyarakat dan negara dengan sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga kesejahteraan dan ketenteraman awam.


Tetapi disebabkan tindakan seorang dua anggota yang gemar memakan rasuah, habis jasa-jasa anggota PDRM yang sanggup bergadai nyawa tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.


"PDRM telah kurangkan kadar jenayah secara keseluruhan. Itu bukanlah kerja mudah. Tetapi pengiktirafan jarang diberikan oleh masyarakat. Mereka mencari silap, bukan yang terbaik. Perkara ini perlu diubah," kata Zahid Hamidi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment