
Thursday, March 10, 2016
Kit Siang Beri Sebab Mengapa Beliau Bersama Mahathir

Pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang dalam sidang media hari ini,
memaklumkan sebab utama mengapa beliau bersama dengan musuh utamanya Tun
Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia'.
Menurut Kit Siang, beliau telah berkecimpung dalam arena politik selama
50 tahun dan perkara itu menunjukkan dirinya sudah terlalu tua untuk
meneruskan perjuangan menyelamatkan negara pada masa akan datang.
Sedarpun diri tuh dah tua... Kalau dah tahu tua, bersara jela dari arena
politik.... Buat apa lagi Kit Siang mahu meneruskan perjuangan dalam
arena politik... Berilah peluang kepada mereka yang muda untuk
berpolitik di negara ini.
Dengan usia Kit Siang yang kini menjangkau umur 75 tahun, beliau
terpaksa mengambil keputusan untuk bersama Mahathir untuk menyingkirkan
Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang telah merosakkan
negara.
Kit Siang turut membidas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan
dirinya hipokrit, dan tidak mempunyai prinsip kerana bersama Mahathir
dengan mengatakan beliau tidak hipokrit sama sekali.
Jelas Kit Siang, keputusan beliau memilih bersama Mahathir adalah demi
kebaikan semua. iaitu demi menyelamatkan negara tercinta ini.
"Hipokrit?? Ada orang tuduh saya tidak mempunyai prinsip bahawa saya
oportunis. Selama 50 tahun, saya tidak pernah tertarik dengan jawatan
dan gaji besar. Saya sekarang 75 tahun, tidak banyak lagi masa untuk
aktif. Jadi tiada sebab mengapa saya akan terdorong dan tertarik
sekarang.
"Menjadikan rakyat lebih bersatu, masyarakat yang adil dan negara makmur
adalah prinsip yang saya pegang seluruh hidup saya," kata Kit Siang.
Dalam masa sama, Kit Siang mahu pihak yang tidak dapat menerima
keputusan bersama Mahathir untuk belajar memaafkan kesalahan lalu,
sepertimana beliau memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Mahathir
terhadapnya demi menyelamatkan Malaysia.
Senang betul Kit Siang memaafkan dosa-dosa yang Mahathir lakukan
terhadapnya... Kalau Kit Siang seorang yang pemaaf, kenapa Kit Siang tak
memaafkan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud sekali??
"Terdapat kesalahan pada masa lalu tetapi kita perlu putuskan apa yang
lebih mendesak sekarang dan untuk masa depan, ataupun memberi tumpuan
kepada masa lalu," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment