Thursday, March 10, 2016

Konon 'Ultra Melayu', Tapi Hidup 'Disara Mewah' Taikun Cina Lepas Bersara?

EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
http://www.cardiffcityfc.co.uk/cms_images/pm01-c265-1417784.jpg
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang setuju bahawa kaum Cina memang pandai berniaga. Tidak kira diletak di pelosok mana sekali pun, boleh dikatakan mereka mampu 'hidup'. Mungkin ada yang gagal, tapi ramai yang kita tahu berjaya. Maka tidak hairanlah mereka menguasai ekonomi negara.

Kita tidak perlu cemburu dengan kejayaan mereka sebenarnya, kerana kita tahu mereka berniaga tidak mengikut etika Islam. Mereka bebas melakukan sebarang bentuk urus niaga tanpa menghiraukan hukum hakam seperti kita yang beragama Islam. Itu salah satu faktor mereka 'buat duit'.

Kadang kala, ada juga di kalangan mereka yang sanggup melanggar undang-undang demi meraih untung lumayan. Ada yang 'hulur', dan ada pula yang bijak lari dari membayar cukai. Namun tidak dinafikan, ada yang benar meniaga patuh mengikut undang-undang.

Penulis optimis, ramai yang setuju bahawa para peniaga Cina tidak akan memberikan sesuatu melainkan ada keuntungan di sebalik pemberian itu. Ada yang 'menghulur' kononnya demi 'kemakmuran dan kestabilan ekonomi', dan memudahkan mereka 'cari makan'.

Seorang itu pula bekas orang nombor satu negara. Dia digambarkan sebagai 'ultra Melayu'. Khabarnya dia memang 'pantang' dengan orang Cina dan pernah kutuk kaum Tiong Hua ketika kalah pilihan raya. 'Melayu'nya luar biasa bagi para penyokongnya...

Menghairankan pula apabila di zaman beliau, majoriti senarai individu terkaya negara terdiri dari kaum Cina. Beliau melaksanakan DEB yang kononnya untuk orang Melayu. Tapi yang kayanya orang Cina. Jika ada yang kaya pun, hanyalah 'bilis' dan 'sisa' untung ehsan dari 'kroni' tertentu sahaja.

Benar ada Melayu yang tersenarai dua orang. Tapi mereka itu kenalan rapat dan anak kepada bekas Perdana Menteri 'ultra Melayu' itu. Melayu lain masih terkial-kial mencari rezeki yang halal. Bila 'pencen', dia beretorik pula mengatakan 'Melayu malas'...

Bila ditanya pada usahawan Melayu dan bumiputera, rata-rata mereka mengatakan mereka tidak diberi peluang seperti orang Cina. Jika diberi peluang pun, mereka perlu bersaing dengan 'kroni-kroni' Cina kepada 'ultra Melayu'. Kerana itu ramai kontraktor kelas F yang mengeluh dan akhirnya 'gulung tikar'.

Mungkin ada di kalangan peniaga Melayu yang malas, tapi bagaimana pula dengan mereka yang rajin, bijak dan berusaha, tapi tidak diberi peluang? Mengharapkan rezeki halal dari kerajaan bekas Perdana Menteri itu bagaikan 'pungguk rindukan bulan'. Bukan saja rasuah berleluasa di zamannya, malah dikatakan kronisme pun bermaharajalela.

Persoalannya, apakah yang 'ultra Melayu' itu dapat dari peniaga-peniaga Cina yang beliau kayakan itu? Jika diperiksa akaun beliau, amaunnya hanya wang pencen sahaja. Tapi yang pelik, gaya hidupnya lebih mewah dari seorang raja, segalanya mewah! Jika dibanding dengan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, bagai langit dengan bumi...

Apakah 'ultra Melayu' itu kini 'disara hidup' oleh taikun-taikun Cina yang telah beliau kayakan ketika 22 tahun mentadbir negara? Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, adakah taikun-taikun itu menjadi 'funder' kepada kegiatan politik dirinya, serta anak-anaknya?

Apakah kepentingan 'ultra Melayu' itu untuk 'disara' oleh taikun-taikun tersebut? Benarkah beliau 'ultra Melayu' atau beliau hanyalah bermanis mulut beretorik politik untuk meraih sokongan dari orang Melayu di zamannya?

Sebenarnya, segala persoalan ini pernah diasak dan digasak pada beliau ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi beliau gagal menjawab segala persoalan itu hingga kini. Tanyalah pemimpin PAS dan DAP, mereka sudah lama persoal 'ultra Melayu' itu namun tiada jawapan jelas darinya.

Kini di penghujung usianya, beliau mendakwa lagi 'berjuang untuk Melayu dan rakyat'. Padahal, ramai pemerhati politik sedar ia hanyalah retorik dan 'kosmetik', di sebaliknya terdapat agenda peribadi yang tersembunyi.

Apapun, kita biarkan masa yang menjawab segala persoalan itu. Kita sudah tidak lagi perlu mengharap jawapan darinya. Kita tidak mendesak jawapan, namun cukuplah jika kita-kita saja yang tahu jawapannya. Di akhirat nanti terdedah jua segala hijabnya. Ketika itu, maka jawablah sepuas-puasnya...

Disediakan oleh :  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment