Thursday, March 10, 2016
Kerana Dr Mahathir Kami Dahulu Dihina – Pesara Polis
KUALA LUMPUR : Seorang pesara polis meluahkan rasa kecewa dan sedih
dengan tindakan bekas Perdana Menteri yang sanggup mengkhianati prinsip
yang dipertahankan selama ini hanya kerana kepentingan peribadi.
Beliau melalui surat yang dihantar melalui email melalui salah satu portal media menyifatkan
tindakan Dr Mahathir telah menyebabkan semua perjuangan yang dilakukan
oleh anggota polis ketika era reformasi dahulu adalah sia-sia.
Berikut adalah merupakan kiriman penuh beliau:
Luahan Hati Pesara Polis.
Saya bukanlah ahli mana-mana Parti Politik. Saya seorang Pesara
Polis. Saat yang sukar semasa saya bertugas adalah dizaman Tun Mahatir
menjadi Perdana Menteri. Saya dan rakan rakan lain (ada yang telah
bersara dan ada yang masih bertugas) telah dikerahkan untuk bertugas
siang malam pada setiap hujung minggu.
Tugasan kami menghalang ‘Kumpulan Reformasi’ dari berhimpun untuk
menghuru-harakan keadaan negara. Semua pegawai dan anggota polis di
setiap negeri telah dikerah untuk membantu Polis Kuala Lumpur manakala
cuti polis di Kuala Lumpur pula telah dibekukan demi menjalankan tugas.
Pada ketika itu kumpulan ini yang dibantu oleh parti pembangkang
berusaha untuk menghuru-harakan keadaan disamping untuk menjatuhkan
PERDANA MENTERI yang pada ketika itu dipegang oleh Dr Mahathir.
Ketika itu kami diarahkan untuk bertugas setiap masa di tempat
tumpuan seperti kawasan Tunku Abdul Rahman, Kampung, Baru, Padang
Merdeka dan seluruh Kuala Lumpur dan berkampung di bawah khemah di kem
Sungai Besi selama berbulan-bulan. Di bawah terikan matahari, kami telah
diasak oleh kumpulan ini dari setiap sudut.
Ada yang telah meninggal-dunia (kalau tak silap saya) yang
dicederakan, dipukul, diherdik, dicela sehingga dihina dengan panggilan
‘Anjing Mahathir’. Bekas Ketua Polis Negara pada ketika itu juga
terperangkap dalam satu insiden sehingga menjejaskan kerjayanya. Hingga
kini kisah tersebut masih segar dalam ingatan kami.
Kami tidak kira siapa yang menjadi Perdana Menteri kerana apa yang
penting keadaan negara sentiasa aman tenteram. Kami tidak minta sebarang
balasan kerana kami puas dapat melakukan tugas yang diberikan dengan
jayanya. Disebabkan itu juga negara dapat ditadbir dengan aman oleh Dr
Mahathir yang kita sayangi dan tetap kekal sebagai Perdana Menteri
sehinggalah beliau melepaskan jawatan tersebut dengan sendirinya. Kami
terus menabur khidmat dibawah Perdana Menteri Pak Lah dan kini Datuk
Seri Najib.
Kami juga tidak pernah kisah dengan keputusan Dr Mahathir untuk
keluar daripada UMNO kerana kami tidak pernah terlibat dengan politik
negara secara khusus. TETAPI apabila Dr Mahathir bersekongkol dengan
mereka yang pernah cuba untuk menghuru-harakan keadaan suatu ketika
dahulu, ia amat mengecewakan kami semua.
Ia membuktikan segala pengorbanan kami suatu ketika dahulu tidak
berbaloi. Paling menyedihkan apabila semua yang kami perjuangkan dan
pertahankan untuk beliau yang suatu ketika dahulu amat MEMBENCI dan
MENOLAK Demokrasi Jalanan adalah sia-sia dan amat kami KESALKAN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment