Monday, March 21, 2016

Lagi Mahu Pusing Lagi Cerita...Berat...Berat

1. Madey dakwa dia telah letak jawatan sebagai Penasihat Petronas sejak Disember 2013 lagi sebelum dipecat dari jawatan itu pada awal Mac 2016 baru lalu.

2. Madey tidak beritahu kita permohonan letak jawatannya atas sebab kesihatan itu (alasan sebenar dia amat marah kepada Najib kerana tidak menyokong Mukhriz, anaknya, memenangi jawatan Naib Presiden UMNO) telah ditolak oleh pengurusan Petronas.

3. Madey tidak beritahu kita Elaun Kehormat Penasihat Petronas sebanyak RM16,000 sebulan itu terus dibayar kepadanya dan dia menerimanya sehingga tarikh dia dipecat.

4. Madey tidak beritahu kita walaupun dia dakwa letak jawatan pada tahun 2013 tetapi dia tetap menduduki pejabat Penasihat Petronas di Tingkat 86 Petronas Twin Tower itu sehingga tarikh pemecatannya.

Madey nak bohong siapa? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment