Monday, March 21, 2016
Pembangkang Main Persepsi Jahat, Kerajaan Tak Pernah Mansuhkan Biasiswa JPA
KERAJAAN TIDAK PERNAH MANSUHKAN BIASISWA JPA, RM1.65 BILION DIPERUNTUKKAN TAHUN 2016
KUALA LUMPUR : Walaupun kini negara berdepan dengan cabaran ekonomi
semasa Kerajaan terus bertanggungjawab bagi memastikan bidang pendidikan
menjadi keutamaan. Berhubung tajuk laporan di media “Kerajaan jimat
RM240j setahun pembatalan biasiswa”, telah mendapat reaksi banyak pihak.
2.Ingin ditegaskan bahawa saya selaku menteri yang bertanggungjawab
bagi menjawab soalan JPA di Dewan Rakyat telah memberi jawapan kepada
soalan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta anggaran
jumlah kos yang dijimatkan bila Kerajaan membatalkan 700 biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke luar Negara serta jumlah pelajar yang belajar
di luar Negara di bawah tanggungan Kerajaan dan kos yang terlibat.
3.Menerusi jawapan yang dikeluarkan, saya menyatakan anggaran jumlah
kos yang dijimatkan bila Kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah sebanyak RM240 juta.
Walaubagaimana pun , penajaan kepada 744 pelajar tersebut diteruskan
bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama
di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara seperti yang
diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016.
4.Kerajaan masih meneruskan penajaan kepada seramai 49,060 pelajar yang
terdiri daripada 41,324 pelajar di dalam negara dan 7,736 pelajar di
luar negara. Dengan ini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak
pernah memansuhkan biasiswa JPA sebagaimana yang didakwa oleh pelbagai
pihak. Bagi tahun 2016 sahaja kerajaan telah memperuntukkan RM1.65bilion
bagi menanggung biasiswa pelajar tajaan JPA. Jelas menunjukkan Kerajaan
tidak pernah mengenepikan soal pendidikan, justeru itu saya berharap
semua pihak tidak mempolitikan isu ini dan mengelirukan rakyat.
5.Kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai Program Tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat.
DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
19 MAC 2016
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment