Thursday, March 10, 2016

Macai Pembangkang KANTOI Fitnah Najib Razak

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/najib_sultan-johor_600.jpg
Sehari dua ni, macai-macai pembangkang sibuk menviralkan video kononnya Tuanku Sultan Johor enggan bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika tiba di Forest City, Johor.

Video yang diviralkan macai pembangkang itu jelas menunjukkan mereka kehilangan modal untuk memburukkan Najib, apabila terpaksa mengedit video terbabit supaya menampakkan Sultan Johor enggan bersalaman dengan Najib.

Walhal, jika dilihat dari sudut lain dan dari video penuh, jelas menunjukkan Najib menaiki satu kenderaan bersama Sultan Johor yang dipandu Baginda.

Kalau dah naik satu kereta bersama, bila dah turun buat apa mahu bersalaman lagi... Dah terang-terang sebelum menaiki kereta tu Najib dan Sultan Johor dah bersalaman... Takkan nak bersalaman sehingga berpuluh-puluh kali kan??

Yang seterusnya, macai pembangkang mendakwa reaksi Najib mengangkat tangan seolah-olah mahu bersalaman dengan Sultan Johor tetapi tidak diendahkan Baginda.

Macam-macam laa macai pembangkang ni... Ada je 'point' nak cari salah orang... Najib angkat tangan tu sebab nak bersalaman dengan seorang Cina yang berada di belakang Sultan Johor.

Korang sendiri nampakkan Cina Johor tu nak bersalaman tapi Sultan Johor telah menghalangnya... Lalu, Sultan Johor memberi ruang untuk Cina tersebut bersalaman dengan Najib.

Nampak sangat macai pembangkang takda modal... Ni mesti kes macai pembangkang makan 'dedak' bercampur stor kunyit ni... Hahaha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment