Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu. Sebagian mereka adalah pemimpin bagi yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (QS. Al Ma-idah : 51)
Thursday, March 10, 2016
Mahathir Dan Penyokongnya Sedang Membatalkan Syahadah
Salam untuk semua..
Didalam Islam, terdapat satu perkara yang dipandang mudah berkenaan
perkara-perkara yang membatalkan syahadah iaitu didalam hal membantu
orang kafir memusuhi Islam.
Apa yang dimaksudkan dengan membatalkan syahadah? Ianya bermaksud
sesiapa diantara umat Islam yang melakukan perkara sedemikian,
kemungkinan besar individu terbabit murtad serta keluar dari Islam.
Perbuatan membantu golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam, atau
membantu mereka memusuhi umat islam juga adalah sangat dilarang didalam
agama sehingga ia dianggap sebagai mampu membatalkan syahadah.
Kriteria tersebut termasuklah berpakat dengan golongan kuffar agar dapat
merampas kuasa pemerintahan yang diterajui oleh pemimpin Islam serta
berkerjasama dengan kaum kafir yang jelas mahu meruntuhkan sesebuah
negara yang umat Islam menjadi ketuanya.
Didalam kitab Allah telah berfirman maksudnya..
Didalam pergolakan politik hari ini, nampaknya ramai umat Islam yang
terlepas pandang mengenai perkara yang membatalkan syahadah ini. Mereka
lebih sanggup bersekongkol dengan kafir serta sanggup membiarkan
golongan kuffar melaksanakan agenda untuk memusnahkan negara demi kuasa
politik.
Apakah mereka-mereka ini lupa tentang tuntutan agama dan juga perkara
yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW? Ataupun mereka-mereka ini rela
hampir kepada murtad semata-mata kepuasan nafsu yang berpaksikan agenda
peribadi?
Dalam konteks politik Malaysia yang semakin celaru hari ini, kita
menyaksikan bagaimana Mahathir bersama ramai umat Islam yang
menyokongnya kini berkubang bersama golongan kafir DAP didalam kolam
selut yang hanyir serta menjijikkan.
Apakah Mahathir serta mereka-mereka yang tak menerima Qada/Qadar Allah
ini sangat terdesak sehingga terpaksa memilih jalan yang dibenci Allah?
Mengapa Mahathir serta para pemujanya memilih untuk bersekongkol dengan
kafir sedangkan berserah kepada Tuhan itu lebih baik untuk dilakukan?
Mahathir kini bersepakat dengan kumpulan kafir laknatullah DAP demi
merebut kuasa pentadbiran dari orang Islam yang diamanahkan oleh Allah
SWT untuk mentadbir Malaysia. Mahathir lupa bahawa semua percaturan
mahupun perancangan telah diatur oleh Allah dengan sempurna. Dan
Mahathir langsung tak layak mencabar apa yang telah ditentukan olehNya.
Jika Mahathir serta para penyokongnya mahu "membatalkan syahadah"
masing-masing demi perjuangan mereka untuk merebut kuasa politik dari
Ulul Amri di Malaysia, ia adalah hak masing-masing. Tetapi harus diingat
bahawa Tuhan tak pernah redha dan menyebelahi pihak yang engkar.
Kita cuma berdoa agar satu hari nanti Mahathir serta pemuja beliau
diberi kesempatan untuk memperbaharui semula syahadah yang mungkin
mereka rosakkan demi kesepakatan dengan golongan kafir. Dan kita berdoa
agar tiada lagi umat Islam selepas ini yang menuruti jejak sumbang
Mahathir dan para pentaksubnya.
Fahamilah bahawa golongan kafir tak akan senang dengan umat Islam serta
berterusan memusuhi umat Muhammad SAW sehingga tertegaknya kalimat Allah
di seluruh dunia. Wallahualam..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment