Wednesday, March 09, 2016
Makin Ramai Hentam Mahathir.... ‘Deklarasi Mahathir’ Hanya Pecah Belahkan Rakyat
KUALA LUMPUR : Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan
pembangkang dan menandatangani "Deklarasi Mahathir" dilihat hanya akan
memecah belahkan rakyat di negara ini.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid
berkata tindakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak jelas bercanggah dengan sistem demokrasi
berparlimen yang ditentukan menerusi pilihan raya umum.
"Kegoyahan inilah akan memberi ruang kepada pihak luar untuk terus menyebabkan rakyat hidup dalam bertelagah.
"Hentikanlah pertelagahan yang berkiblatkan agenda peribadi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat dalam negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis
Muzakarah Pakar "Ulama dan Alam Sekitar Kewajaran Fiqh Al-Bi'ah" di
Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini, hari ini.
"Saya menyokong pendirian yang pernah disuarakan oleh Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu setiap perubahan kepimpinan negara
perlu dilakukan melalui proses demokrasi," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment