Wednesday, March 09, 2016
Ahmad Said Ponteng Sidang DUN... Meroyan Betullah Dia Ni
KUALA TERENGGANU : Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Seri
Ahmad Said yang membentangkan usul undi tidak percaya terhadap menteri
besar gagal muncul pada persidangan yang bersambung Rabu.
Bagaimanapun hasratnya untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka akan diteruskan oleh 14 Adun PAS dan
seorang wakil rakyat PKR.
Pada Selasa Ahmad yang juga bekas menteri besar membawa usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Bagaimanapun usul berkenaan ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak memenuhi syarat.
Wakil rakyat pembangkang jika memberi tekanan kepada Speaker berhubung usul tersebut.
Sementara itu di luar Dewan, kira-kira 300 ahli UMNO dan orang ramai
berkumpul untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Ahmad Razif.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment