Monday, March 21, 2016
Marilah Baca.... Tahukah Anda… Peraturan Ini Hanya Di Pulau Pinang
Mungkin ramai yang tidak tahu di Pulau Pinang, setiap projek perumahan
kerajaan persekutuan mesti dibawa ke peringkat jawatankuasa perancang
negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri dan kuasa
meluluskan terletak padanya.
Lazimnya di negeri-negeri lain kebenaran merancang adalah di bawah bidang kuasa dan diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Hal ini diberitahu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada wartawan selepas merasmikan
mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung di Georgetown, Sabtu.
Serentak dengan itu beliau dakwa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(Perda) dan JKP Sdn Bhd (JKP) sering dianaktirikan dan dikenakan
pelbagai halangan jika mahu membangunkan projek perumahan di negeri ini.
Beliau mendakwa agensi itu juga tidak diberi peluang dan ruang dalam
membantu kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang selesa untuk
rakyat.
"Apa salahnya JKP dan Perda buat rumah di Pulau Pinang? Walaupun ia
agensi kerajaan persekutuan, tapi untuk rakyat, beri ruang dan bantuan,
bukan kelonggaran tapi kesesuaian kelulusan untuk mereka.
"JKP dan Perda pun telah nyatakan bahawa mereka tak mahu kelebihan,
kelonggaran atau keistimewaan, tapi layanlah mereka seperti syarikat
perumahan swasta lain, mereka akan patuh kepada setiap syarat," katanya.
"Saya kesal kenapa Guan Eng nak masuk campur dalam soal kebenaran
merancang dan sebagainya, sedangkan ia boleh diuruskan di peringkat
PBT," katanya.
Beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan negeri membantu agensi
kerajaan persekutuan kerana apabila sesuatu masalah timbul ia akan
memberi kesan kepada rakyat.
"Kalau setiap hari ada konfrontasi dengan kerajaan persekutuan, setiap
kali buka mulut nak maki hamun, kerjanya hanya menuduh, bagaimana nak
bekerjasama?. Kembalikan kelulusan-kelulusan ini kepada PBT," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment