Monday, March 21, 2016

NGO Malaysia Ikrar Taat Setia Kepada PM, Desak Tun M Lepas Keistimewaan

PUTRAJAYA : Gabungan NGO-NGO Malaysia hari ini melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah bahagi dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang dipilih secarabsah oleh rakyat mengikut Perlembagaan Negara.

Pengerusi gabungan, Dato' Jamal Md Yunos tegas berpendirian bahawa kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pandangan serta pendirian perlu dihormati, namun perlulah tertakluk kepada adab, etika, disiplin serta semangat patriotik, terutamanya melibatkan pemimpin atau bekas pemimpin tertinggi negara.

"Kami kesal, tersinggung dan terhina berkenaan tindakanTun M, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa tokoh UMNO yang bersekongkol dengan parti DAP yang rasis dan chauvanis untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

"Mereka kononnya berjuang atas nama bangsa, tetapi mengkhianati perjuangan itu sendiri. Mereka sebenarnya adalah penipu.

"Kami masih menunggu bukti setiap yang Tun M perkatakan, namun mereka lebih percaya dengan anasir-anasir dan media antarabangsa," katanya di hadapan Yayasan Perdana di sini, sebentar tadi.

Dianggarkan kira-kira seribu orang yang menghadiri penghantaran memorandum tersebut, termasuk konvoi bermotosikal kira-kira 40 buah dan sepuluh buah bas.

Selain menolak Deklarasi Rakyat yang tiada asas kepentingan rakyat dan bersifat mencari jalqn pintas ke Putrajaya, Jamal turut mendesak Tun M untuk melepaskan segala keistimewaan yang digunakan kini.

"Kami juga ingin mendesak supaya Tun M agar melepaskan segala keistimewaan yang digunakan kini yang mana dibayar oleh kerajaan Malaysia, antaranya penggunaan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai tempat berpolitik dan perkhidmatan keselamatan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment