
Wednesday, March 23, 2016
MEMALUKAN!! Kit Siang Kena Baling Telur Di Pahang

Kemunculan kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP
Pahang, Leong Ngah Ngah di daerah Jerantut, Pahang dua hari lepas
disambut dengan balingan telur oleh sebahagian ahli DAP. Bukan itu
sahaja, malah mereka bertindak mencabut papan tanda Pusat Khidmat Rakyat
DAP Parlimen Jerantut.
Tindakan tersebut dipercayai atas sebab protes ahli-ahli akar umbi
terhadap Ngah Ngah. Menurut Setiausaha Parlimen DAP Jerantut, Hussein
Chou Abdullah, kekecohan tersebut tercetus akibat dari rasa tidak
berpuas hati ahli akar umbi atas layanan penetapan calon pada pilihan
raya umum ke-13 (PRU 13) yang lalu.
“Kami tak puas hati kerana ketika itu (PRU 13), Ngah Ngah tak beri
perhatian dan keutamaan kepada calon pilihan kami, Koh Boon Heng.
“Mereka (pimpinan DAP) sebaliknya meletakkan calon PKR sebagai mewakili
kerusi Dun Damak, justeru kami berpakat untuk menunjukkan rasa tidak
puas hati terhadap Ngah Ngah yang datang bersama Kit Siang dalam satu
siri jelajah ke sini, hari ini (semalam),” katanya.
Ahli akar umbi DAP yang mengamuk itu mendakwa mereka kecewa kerana calon
pilihan mereka tidak dipilih untuk bertanding bagi mewakili kerusi Dun
Damak, memandangkan Koh Bong Heng banyak berjasa kepada masyarakat di
situ.
Akan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila DAP meletakkan calon yang
tidak pernah melakukan sebarang kerja dan usaha kepada mereka.
Memandangkan pada ketika itu Bong Heng adalah merupakan Naib Pengerusi
DAP Pahang selain sebagai Pengarah Pilihan raya negeri, jadi bagi mereka
memang layak dia dipilih.
“Kami kecewa kerana DAP pilih untuk letakkan calon lain sedangkan Cikgu
Koh (Boon Heng) telah lama memberikan khidmat kepada masyarakat Dun
Damak.
“Cikgu Koh mula beri khidmat pada 2009 sehingga PRU 13, namun sebaliknya
mereka meletakkan calon yang tidak melakukan sebarang usaha,” katanya.
Mujurlah Kit Siang dan Ngah Ngah hanya dicerca dan dimaki hamun mulut
sahaja, kena baling telur pun nasib la tak kena betul muka. Hahaha!
Kalau tidak ke eshhhhh, busuk kepala tu jadi sama busuk dengan hati Kit
Siang tu...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment