Wednesday, March 23, 2016

Muhyiddin Pejuang Suci Sebab Tolak 'DEDAK DAP'??

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/Muhyiddin4.jpg
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin dengan bangganya mengakui dirinya masih mempertahankan perjuangan suci, kerana tidak termakan ‘dedak’ yang ditabur puak pembangkang.

Apa yang menghairankan, beriya-iya Muhyiddin cakap yang dia masih lagi suci dari terpalit dari sebarang kekotoran puak pembangkang. Habis tu yang bersubahat bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, DAP, PKR dan Amanah untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apa cerita pulak??

Bukankah itu sama sahaja macam bersubahat dengan ‘penjenayah’?? Makan dedak jugak tu. Walaupun kata Muhyiddin dirinya menolak sama sekali tawaran jawatan penting oleh DAP, selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden UMNO.

Bukan calang-calang tawaran yang diberikan DAP, pastinya dedak gred A!! Muhyiddin diperangkap dengan tawaran jawatan Yang di-Pertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB). Perhhh, masyukkkkkk!!

“Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah.

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 billion dan duduk diam,” katanya.

Tapi Muhyiddin berlagak suci apabila dia mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut. Konon nak cakap yang dia tu tak sanggup nak khianati prinsip perjuangan. Cehhhhh, ker takut nanti kena kecam dengan rakyat?? Memang kena bantai dengan rakyat la kalau Muhyiddin terima tawaran tu.

“Saya tolak tawaran ini kerana ia melibatkan maruah, Jika saya terima, bermakna saya makan dedak (seseorang yang boleh dibeli). Rakyat akan kata Muhyiddin orang nombor satu yang makan dedak.

“Saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan,” tegasnya.

Pelik sungguh, taknak makan dedak tapi boleh pula dok bergelak ketawa duduk satu meja dengan DAP dan geng pembangkang yang lain, bagi menandatangani Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Perjuangan seorang pahlawan UMNO ke macam tu?? Perosak bangsa ada la… Tak payah nak mengaku ada maruah la kalau bersekongkol dengan DAP. Orang yang bersubahat dengan DAP semuanya takde maruah rasanya...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment