Thursday, March 17, 2016
Mercu Tanda Baru Kuala Lumpur ....
lapan tahun dari sekarang suasana di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium
Negara akan berubah wajah bila siap sepenuhnya projek Warisan
Merdeka.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Rabu
melancarkan projek yang akan dibangunkan sepenuhnya oleh Permodalan
Nasional Bhd (PNB) di kawasan seluas 19 ekar di pusat Bandar Kuala
Lumpur itu.Ia juga akan menjadi lambang kejayaan bumiputra negara ini.
Fasa pertama projek tersebut yang melibatkan pembinaan menara 118
tingkat dan tujuh tingkat pusat membeli-belah dengan kos pembangunan
sebanyak RM5 bilion dijangka siap pada 2020. Najib menamakan semula
menara ikon 118 tingkat itu sebagai Merdeka PNB118 yang merupakan menara
tertinggi di Malaysia, kedua tertinggi di Asia dan yang kelima
tertinggi di dunia.
Projek itu akan memulihkan dua bangunan warisan negara iaitu Stadium
Merdeka dan Stadium Negara, membuktikan bahawa seni bina moden dan
bangunan bersejarah boleh bergandingan bersama-sama.Perdana Menteri kata
bangunan ikon itu akan membantu memberi nilai kepada sesebuah bandar
raya dan mempengaruhi cara orang berpandangan terhadap sesebuah bandar
raya, memberikan kepada penduduknya mercu tanda yang boleh dibanggakan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment