Sanggup maafkan dosa-dosa Mahathir demi rakyat konon... Ingat rakyat dan khususnya kaum Melayu dan Islam hendak maafkan dosa-dosa yang dilakukan DAP terhadap rakyat ini sejak 1969 lagi?
Jika diingatkan kembali sejarah hitam DAP di era zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, memang susah buat DAP untuk memaafkan luka yang dilakukan Mahathir ketika itu.
Mana tidaknya, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri hampir kesemua pemimpin DAP dihumban ke dalam penjara menggunakan kuasa veto yang dimiliki Mahathir ketika itu.
Tetapi.., pada hari ini, DAP kononnya sanggup menelan dan mencuci semua tindak tanduk yang dilakukan Mahathir demi menyelamatkan rakyat? Siapa rakyat!!
DAP sekian lama cuba menipu dan berselindung dengan agenda mahu merampas negara dari bentuk keganasan hinggalah secara halus. Tidak ada sebutir titik putih dalam hati mereka, jiwa dan rohnya akan hanya aman jika mereka berjaya mengusir kaum Melayu dan umat Islam mengikut telunjuk mereka. Hari ini mereka kononnya mahu membantu rakyat sebaliknya di Pulau Pinang mereka terus menerus melakukan agenda `ethnic cleansing' terhadap kaum bumiputra...?
CUKUP MALANG KAUM MELAYU MENGANGKAT KAUM DAP SEBAGAI PENYELAMAT BANGSA DA NEGARA...

No comments:
Post a Comment