
Thursday, March 17, 2016
Kenyataan Berhubung Dana 2.6 Bilion Dibuat Atas Kapasiti Sebagai Menteri

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Azalina Othman Said hari ini menjelaskan kenyataan medianya semalam
berhubung isu dana RM2.6 bilion dilakukan atas kapasiti beliau sebagai
menteri yang menjawab isu-isu berkaitan Pejabat Perdana Menteri.
Semalam, Azalina berkata kerajaan tidak lagi akan menjawab soalan
berhubung isu melibatkan dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat disebabkan ia
tertakluk kepada proses yang sedang berlangsung di mahkamah.
Beliau dilaporkan berkata isu RM2.6 bilion dan SRC International kini
berhadapan dengan satu tindakan saman pemula yang difailkan di Mahkamah
Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Majlis Peguam
Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Isnin
lepas.
Kenyataan Azalina itu dipertikai beberapa pihak yang mendakwa ia
bukan di bawah kapasiti beliau untuk membuat keputusan sedemikian
sebaliknya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang
selayaknya mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut mengenai kenyataannya semalam, Azalina dalam satu
kenyataan hari ini berkata perkara berkenaan adalah tertakluk kepada
Peraturan Mesyuarat 23 (1) (g) yang mana ianya adalah sub judice
sekiranya dibincangkan dalam mana-mana forum.
Azalina berkata pihak kerajaan tidak dapat lagi menjawab
pertanyaan-pertanyaan lisan dan bukan lisan termasuk ketika sesi
penggulungan selagi mana perkara ini berada dalam pertimbangan mahkamah
(sub judice).
“Dari sudut perundangan, sub judice ialah untuk mencegah perbicaraan
oleh pihak luar supaya pihak mahkamah tidak dipengaruhi oleh
faktor-faktor luaran dalam membuat penghakiman atau keputusan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment