Wednesday, March 23, 2016
“Mustahil Guan Eng Tak Tahu Harga Pasaran Banglo Yang Dibeli”
PETALING JAYA : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditempelak
kerana tidak mengetahui nilai pasaran hartanah bagi banglo yang
dibelinya.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk
Jahara Abdul Hamid berkata, ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Guan
Eng sebelum ini dianggap tidak masuk akal.
“Lim Guan Eng itu bukan orang kampung yang tak berpelajaran. Dia akauntan yang sangat mahir dengan angka.
“Jadi untuk mengatakan bahawa (tidak mengetahui rumah yang dibeli
dibawah harga pasaran) adalah tidak masuk akal,” katanya kepada media.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng baru-baru ini
yang tidak mengetahui nilai pasaran hartanah bagi banglo yang dibelinya.
Mengulas lanjut Jahara menambah, berdasarkan penilaian, nilai hartanah rumah tersebut juga dinilai sebanyak RM4.2 juta.
“Untuk seseorang yang mempunyai kedudukan seperti itu bermain politik
bodoh adalah tidak masuk akal dan keseluruhan ceritanya adalah busuk,”
ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam) Salkukhairi Abd Sukor berkata, walaupun banglo Guan Eng itu
dibeli dibawah harga pasaran, tetapi beliau tetap akan tertakluk kepada
harga pasaran semasa hartanah tersebut.
Salkukhairi menambah, pembeli juga tetap akan dikenakan bayaran duti
setem pindah milik mengikut harga pasaran semasa hartanah berkenaan
walaupun harga jual beli yang dinyatakan dalam perjanjian lebih rendah
daripada harga pasaran.
“Dalam kes Lim Guan Eng ini, beliau tetap akan tertakluk kepada harga
pasaran semasa hartanah tersebut dan akan dikenakan bayaran duti setem
pindah milik mengikut harga pasaran semasa hartanah tersebut,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment