
Wednesday, March 16, 2016
Najib Kutuk Serangan Bom Di Ankara

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman di Ankara, Turki,
pada Ahad lepas, dan berkata terdapat keperluan bagi kerajaan untuk
mempertingkatkan usaha mereka dalam kerjasama risikan antarabangsa ke
arah memerangi keganasan.
“Tindakan keganasan yang kejam ini tidak ada tempat dalam masyarakat
kita dan saya bersetuju dengan gesaan Presiden (Turki) Recep Tayyip
Erdogan supaya keganasan ditakrifkan semula untuk memasukkan mereka yang
menyokong tindakan seperti itu,” katanya.
Najib menyatakan demikian menerusi status terkini Facebook beliau
hari ini susulan insiden letupan kereta di Ankara yang mengorbankan 37
orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 125 mangsa.
“Kita mesti sentiasa ke hadapan dalam peperangan menentang keganasan
dengan mempertingkatkan usaha kita dalam kerjasama risikan
antarabangsa,” katanya.
Najib turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa
bertenang dan berwaspada terhadap keadaaan di sekeliling mereka pada
setiap masa.
Katanya jika perlu, rakyat Malaysia diminta menghubungi Kedutaan
Malaysia di Ankara menerusi talian +(90)312-4463547 atau
+(90)312-4463548.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment