Wednesday, March 16, 2016
Najib Memang Hebat, Pembangkang Ada Dua Blok Sekarang
Jangan kecil hati, tapi dengan
pengumuman blok baru pembangkang antara parti Ikatan dan PAS yang diumum
hari ini, kita rasa BN akan menang lebih besar dalam PRU14 yang akan
datang.
Itu hari dah ada Pakatan Harapan,
sekarang dah ada PASIKAT (Pas-Ikatan) pulak – bertambah meriah politik
negara kita jadinya, bulan dah pakai bowtie lah katakan.
Kalau ikutkan, kerja mudah untuk BN dan
UMNO selepas ni sebab pengajaran dari PRU13, dimana berlaku pertandingan
3 penjuru melibatkan BN dan 2 parti pembangkang, BN akan menang.
Contoh macam 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang PAS dan PKR
bertanding sesama sendiri dalam PRU13, semuanya BN menang sebab undi
pembangkang berpecah dua.
Sg Acheh, Bukit Besi, Kota Damansara (DUN) dan Labuan (Palimen) adalah antara kawasan yang dimaksudkan.
Itu dengan mereka mengaku berpakatan,
pun ada lawan sesama sendiri di beberapa kerusi yang dinyatakan,
sekarang dah ada 2 blok berlainan, bukan 5 kerusi DUN dan 1 kerusi
parlimen lagi dah, lebih banyak dari itu nampaknya.
Bukan kita nak dedah strategi, ini semua
orang pun dapat baca dan kewujudan Pasikat ini pun sebab puak-puak itu
tahu akan hakikat tersebut. Tinggal lagi niatnya tu mungkin bukan
sangat nak menguntungkan BN tapi lebih kepada membalas sakit hati.
Inilah masa nak mengajar DAP sebab memecahkan PAS kepada PAN.
Dan BN secara tak langsung mendapat
manfaatnya. Belum kita cerita bab perpecahan dalaman (terutama dalam
PKR) yang berlaku akibat kerjasama dengan Mahathir baru-baru ini lagi.
Kalau campur yang itu, lagi hebatlah jadinya.
Apa pun, tahniah dan terima kasih
penulis ucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibawah
kepimpinan beliau, bukan sahaja Pakatan Rakyat berkubur (ganti dengan
Pakatan Harapan), keseluruhan pembangkang itu sendiri pun sudah ada dua
blok sekarang dengan wujudnya Pasikat.
Ini yang hebat pasal Najib ni, gerak
kerja diam-diam tak bising, tahu-tahu nampak hasil saja. Politik macam
itu, ekonomi pun macam itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment