Wednesday, March 16, 2016

Huru Hara Pembangkang Kerana Mahathir

kit_siang
Baiklah, kita bersetuju Mahathir tidak melakukan apa-apa untuk UMNO apabila bersama dengan pembangkang. Dia memang buat itu untuk dirinya dan legasinya saja.  Tapi suka atau tidak kerjasama pembangkang dengan Mahathir ini telah membuat pembangkang haru biru.

Sebagai permulaan, Azizah inilah.  Tak lama lepas sokong Deklarasi Rakyat yang ditafsir sebagai persetujuan untuk membebaskan Anwar dari penjara, dia dipetik akhbar sebagai berkata bersedia bekerjasama dengan Najib untuk menyelamatkan Malaysia!!  

Tak ke lawak, kejap kau kerjasama dengan Mahathir nak jatuhkan Najib, sekarang kau kerjasama dengan Najib nak selamatkan Malaysia pulak?

Mana satu betul?

Tak hairan 2 hari diperlukan para penyokongnya Azizah untuk membaiki kerosakan yang diakibatkan oleh kenyataan itu.  Terpaksa orang macam Azmin bagi kenyataan Azizah tak sebut pun nama Najib dan sebagainya, itu dia yang cakap, bukan Azizah yang cakap.  Tak betul akhbar itu, samanlah, macam tak biasalah pulak.  Tapi yang penting disini, Azizah tak nafi apa-apa, orang lain yang kecohnya.

Jangan lupa, sebelum Azizah, Kit Siang dah buat kenyataan lebih kursng itu jugsk maksudnya terlebih dahulu, sama jugaklah walaupun ada syarat dihujungnya, cuma hairan kenapa tak balun atau cuba dapat penjelasan dari Kit Siang?  Mungkin sebab semua orang tahu Azizah sasaran mudah agaknya.

Ni macam mana ni?  Yang dengan Mahathir kerjasama nak tumbang Najib, yang dengan Najib kerjasama pun jalan jugak, apa yang tengah berlaku sebenarnya sekarang?  Kena makan sumpah ke, lain macam betul nampaknya.

Keseluruhannya, yang bersungguh sangat Pakatan nak beberjasama dengan Mahathir ini hanyalah segelintir, yang lain tetap dengan pendirian bahawa Mahathir ini adalah punca semua masalah di Malaysia, bekerjasama dengannya serupa macam pakai kulit babi di muka – orang PKR sendiri sebut ni, bukan kami orang UMNO pun.

Agaknya sampai bila nak bodohkan rakyat?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment