Wednesday, March 16, 2016
Mahathir Full of Crap !!
Artikel terbaru
Tun Mahathir Mohamad penuh dengan kesalahan fakta, penyelewengan isu
dan menyesatkan. Secara biadap pandangan terbaru Mahathir ini “full of
crap”, penuh sampah sarap dan penyelewengan fakta yang sangat memalukan
sebagai seorang negarawan hebat suatu ketika dulu.
1. Mahathir mendakwa Mohd Najib gagal memerintah
sepenuhnya hal negara ini kerana terpaksa meminta kebenaran Perdana
Menteri Singapura untuk membina jambatan bengkok dan keretapi laju.
Jambatan Bengkok yang hendak dibina sejak zaman Mahathir bagi
menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Singapura menolak cadangan tersebut. Justeru Mahathir memutuskan untuk
membina sebelah Malaysia sahaja dengan memotong sebahagian tambak
tersebut.
Tidak ada dalam sejarah dunia pembinaan sesebuah jambatan
menghubungkan dua negara dilakukan secara unilateral. Ia bukan sahaja
tidak diplomatik malah melanggar undang-undang antarabangsa.
Namun
Mahathir tetap bertegas mahu melaksanakan.
Anehnya, beliau tidak melaksanakan ketika menjadi Perdana Menteri.
Beliau hanya menganugerahkan kontrak tersebut dan kemudian bersara.
Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Mohd Najib tidak mahu meneruskan
kerana ia membabitkan isu diplomatik dua negara.
Demikian juga landasan keretapi laju. Yang dibincangkan ialah
landasan Kuala Lumpur ke Singapura tentulah kena mendapat kerjasama
Singapura. Gila apakah ini mahu membina landasan keretapi di Singapura
tanpa kebenaran Singapura.
Sangat menyedihkan Mahathir sudah tidak boleh membezakan antara hal dalam negara dengan hubungan antara negara.
2) Mahathir mendakwa Mohd Najib mengupah konsultan
Eropah menasihati beliau dalam hal ehwal tempatan sehingga menyebabkan
polisi kerajaan ditolak oleh rakyat dan mengakibatkan kos sebanyak RM 7
bilion. Kita cabar Mahathir buktikan dakwaan beliau ini.
Mahathir mungkin terpedaya dengan manipulasi berita internet atau
sengaja memanipulasi berita tersebut untuk mengelirukan rakyat.
Angka RM 7.2 bilion ini sebenarnya diumumkan oleh Kementerian
Kewangan pada 2013 menjawab soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.
Menurut Kementerian Kewangan antara 2009 hingga 2013, kerajaan
membelanjakan RM 7.2 billion untuk khidmat syarikat perunding.
Tidak ada sebarang kenyataan bahawa ia membayar konsultan atau
syarikat Khidmat Perunding Eropah untuk menasihati Perdana Menteri dalam
hal-hal pembuat polisi.
Jika Mahathir benar-benar jujur tentu beliau maklum bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan penjelasan pada Disember 2013 juga. Bayaran khidmat syarikat perunding yang dimaksudkan ialah membabitkan pelbagai syarikat dalam dan luar negara.
Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan
auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta,
pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer
dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan
kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan
projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej,
membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.
Jadi bagaimana Mahathir sanggup menipu rakyat dengan menyatakan RM
7.2 bilion ini merupakan bayaran kepada penasihat luar negara?
Cukup-cukuplah memesongkan pemikiran rakyat dengan perkara-perkara yang
tiada!
Adalah kewajipan anak-anak Tun Mahathir menghalang bapa mereka menunjukkan kenyanyukan kepada umum. Peliharalah
maruah bapa sendiri. Mahathir mungkin tidak salah apa-apa lagi jika
beliau nyanyuk. Anak-anaknyalah yang kena memelihara maruah beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment