
Wednesday, March 16, 2016
KDN, Peguam Negara Perlu Bertegas Terhadap Usaha Cassandra Cemarkan Imej Negara

Petisyen yang dilakukan oleh Cassandra Chung Li
Hooi kepada University of Nottingham supaya “Removing Dato’ Seri Najib
Razak’s portrait at the University of Nottingham” adalah satu penghinaan
yang tidak dapat diterima oleh negara ini.
Tidak sepatutnya isu perbalahan politik dalam negara di bawa ke luar
negara terutama membabitkan nama baik Perdana Menteri dalam sebuah
institusi pendidikan luar. Pelajar Malaysia di luar negara sepatutnya
menjadi duta mempertahankan maruah negara bukannya menjadi alat
menjatuhkan maruah negara.
Sama ada suka atau tidak, Perdana Menteri merupakan imej negara.
Ketika beliau diterima baik di seluruh dunia berdasarkan sambutan
Amerika Syarikat, Britain, Arab Saudi dan negara-negara ASEAN, ada
seorang pelajar Malaysia dari kaum Cina melakukan sesuatu yang “counter
productive” kepada negara.
Mohd Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia telah dipilih secara demokratik dan mengikut Perlembagaan.
Justeru untuk seorang pelajar Malaysia membuat pestiyen sebegini
kepada universiti luar negara dan membuat tuduhan-tuduhan yang beliau
sendiri tidak pasti kebenarannya adalah satu tindakan pengkhianatan
kepada negara.
Jika tuduhan-tuduhan tersebut benarpun tindakan seorang rakyat
Malaysia untuk memburukkan imej Perdana Menteri di negara luar adalah
satu sabotaj.
Suatu hari nanti tidak mustahil apabila pulang, beliau akan
mensabotaj negara sekiranya tidak bersetuju dengan pimpinan negara
ketika itu. Inilah bentuk musuh-musuh dalam selimut yang harus diberi
pengajaran.
Tidak ada salah untuk menentang Perdana Menteri dalam ruang lingkup
demokrasi negara ini. Namun membawa isu ini keluar negara untuk
memalukan Perdana Menteri adalah sesuatu yang biadap, kurang ajar dan
tidak bertamadun.
Justeru, Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara harus meneliti
isu ini dengan teliti termasuk menarik balik pasport beliau kerana beliau
terbabit secara langsung memburukkan negara ini di luar negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment